Loading...

SOKONGAN NAJIB DI SELANGOR MENJUNAM, LAPOR KAJIAN

Loading...
SOKONGAN NAJIB DI SELANGOR MENJUNAM, LAPOR KAJIAN - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SOKONGAN NAJIB DI SELANGOR MENJUNAM, LAPOR KAJIAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SOKONGAN NAJIB DI SELANGOR MENJUNAM, LAPOR KAJIAN
link : SOKONGAN NAJIB DI SELANGOR MENJUNAM, LAPOR KAJIAN

Baca juga


SOKONGAN NAJIB DI SELANGOR MENJUNAM, LAPOR KAJIAN

SOKONGAN terhadap Perdana Menteri Najib Razak menjunam daripada 27% kepada 19% dalam tempoh enam bulan, menurut satu kaji selidik pengundi di Selangor, yang kecewa dengan prestasi dan tadbir urusnya.

Antara faktor lain yang membawa kepada kejatuhan populariti beliau adalah pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2015 yang masih menjadi kebimbangan, kenaikan kos sara hidup dan kekurangan tadbir urus yang baik, menurut kajian itu.

Kaji selidik dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) pada Mac tahun ini, melibatkan 2,208 responden.

Ia juga mendapati hanya 25% daripada responden menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) berbanding 69% yang menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH).
IDE, yang diketuai bekas pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Dr Redzuan Othman, menjalankan tinjauan pengundi selama enam bulan untuk mengesan sentimen, isu dan sikap terhadap kerajaan negeri dan parti politik di negara ini.

Kajian itu dijalankan sebelum PAS mengumumkan memutuskan semua hubungan dengan PKR, mengakibatkan ketidaktentuan mengenai masa depan parti Islam itu dalam kerajaan negeri.

Sumber di IDE berkata keputusan pilihan raya jelas menunjukkan sokongan padu kepada PH di Selangor, negeri yang mempunyai ekonomi terbesar di Malaysia dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM240 bilion.

“Keputusan kajian ini perlu menjadi amaran kepada mana-mana parti politik agar tidak dikaitkan dengan parti itu (Umno), kerana ia akan memusnahkan imej parti anda,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Majlis Syura Ulama PAS mengesahkan keputusan parti untuk menamatkan hubungan dengan PKR minggu lepas.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Selangor pada malam Ahad, menggesa exco PAS di Selangor berhenti dalam kerajaan negeri.

Tiga exco berkenaan sebelum ini berkata tidak akan meletakkan jawatan kerana mahu memastikan semak dan imbang terhadap DAP.

Sementara itu, PKR berkata ia akan mengadakan mesyuarat hari ini (Selasa) untuk menentukan nasib tiga exco PAS.

–http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qpDZgZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel SOKONGAN NAJIB DI SELANGOR MENJUNAM, LAPOR KAJIAN

Sekianlah artikel SOKONGAN NAJIB DI SELANGOR MENJUNAM, LAPOR KAJIAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SOKONGAN NAJIB DI SELANGOR MENJUNAM, LAPOR KAJIAN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/sokongan-najib-di-selangor-menjunam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SOKONGAN NAJIB DI SELANGOR MENJUNAM, LAPOR KAJIAN"

Catat Ulasan

Loading...