Judul : SPR minta parti politik bantah jika ada pindaan pengundi
link : SPR minta parti politik bantah jika ada pindaan pengundi
SPR minta parti politik bantah jika ada pindaan pengundi
Beliau berkata langkah itu adalah proses terbaik untuk diselesaikan selain menggalakkan pemilih berdaftar untuk membuat semakan dan bantahan dengan alasan tertentu.
"SPR mengikut peraturan yang diperuntukkan kepada kita. Kalau ada rasa tidak puas hati terhadap bantahan dan apa saja yang berkaitan pendaftaran pemilih , ada tempoh untuk buat bantahan.
"Apabila ada bantahan, ada pegawai SPR di setiap negeri akan turun dan melihat bantahan itu. SPR tidak akan menolak apa-apa bantahan berdasarkan andaian," katanya ketika diminta mengulas dakwaan PAS Kelantan mengenai pemindahan pengundi secara besar-besaran dilakukan di negeri itu.
Mohd Hashim berkata demikian pada sidang media pengumuman Pilihan Raya Kecil DUN Pujut di sini hari ini.Ditanya mengenai kenyataan bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang memberi amaran kepadanya agar tidak menjadikan suruhanjaya itu sebagai ''kuda tunggangan'' BN, Mohd Hashim berkata:
"Saya cukup menghormati Abdul Rashid dan mantan-mantan SPR. Saya adalah mekanisme kesinambungan pengerusi sebelum saya.
"Dahulu saya menghormati Rashid sebagai pengerusi SPR dan sekarang sebagai ahli politik," katanya.
Mohd Hashim menegaskan bahawa beliau dan SPR tahu apa tugas dan tanggungjawab suruhanjaya itu kepada negara.
"Secara peribadi, saya tidak pernah kecil hati kerana orang politik kata daripada perspektif politik dan masa Abdul Rashid jadi Pengerusi SPR dia lihat daripada perspektif SPR," katanya.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qAUxEO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel SPR minta parti politik bantah jika ada pindaan pengundi
Anda sekarang membaca artikel SPR minta parti politik bantah jika ada pindaan pengundi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/spr-minta-parti-politik-bantah-jika-ada.html
0 Response to "SPR minta parti politik bantah jika ada pindaan pengundi"
Catat Ulasan