Judul : Stesen Radio Tolak Lagu Hafiz Suip?
link : Stesen Radio Tolak Lagu Hafiz Suip?
Stesen Radio Tolak Lagu Hafiz Suip?
Penyanyi lelaki yang pernah memenangi anugerah vokal terbaik selama tiga tahun berturut-turut dalam Anugerah Juara Lagu, Hafiz Suip meluahkan rasa kecewanya apabila ada beberapa single solonya didakwa tidak diputarkan oleh stesen radio tempatan atas alasan tidak mengikuti trend muzik terkini.
Mengakui dirinya bingung berdepan dengan situasi sedemikian, namun Hafiz berkata dia sedia untuk menerapkan elemen muzik terkini dalam pembikinan single akan datang asalkan ianya tidak lari daripada identitinya.
“Saya kurang maklum apabila kebanyakan stesen radio menolak mentah-mentah beberapa lagu saya kerana dikatakan bukan trend terkini. Sejujurnya saya kecewa dengan situasi ini kerana berasa tidak diberi ruang untuk berkarya.
“Namun, kekecewaan ini menjadi pembakar semangat untuk saya lebih berhati-hati memilih lagu baru pada masa akan datang. Mungkin pemilihan bahan untuk single itu nanti lebih mengikut gaya semasa.
“Tidak dinafikan pengaruh muzik di negara ini kembali berpusing ke era 90-an. Saya boleh cuba menyanyikan lagu berentak sebegitu selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip saya,” katanya.
Perkembangan terbaru Hafiz, dia memberitahu bahawa dia telah menerima tawaran untuk mengacarakan sebuah program nyanyian dan berharap ia mampu membuatkan dirinya kekal relevan.
“Saya tidak mahu peminat menganggap saya terus hilang begitu saja. Disebabkan itu, saya menyahut cabaran bergelar pengacara. Alhamdulillah, saya lebih lancar berkomunikasi selepas berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan,” ujarnya lagi.
Sedikit info tentang Hafiz,
Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz bin Mohd Suip telah dilahirkan pada 27 Februari 1990 dan berasal daripada Kuching, Sarawak.
Karier seninya bermula ketika dia berusia 19 tahun selepas bergelar juara dalam sebuah pertandingan nyanyian, Akademi Fantasia musim ketujuh dan secara tidak langsung telah menaikkan namanya dalam industri seni tanah air.
The post Stesen Radio Tolak Lagu Hafiz Suip? appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qp1d56
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Stesen Radio Tolak Lagu Hafiz Suip?
Anda sekarang membaca artikel Stesen Radio Tolak Lagu Hafiz Suip? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/stesen-radio-tolak-lagu-hafiz-suip.html
0 Response to "Stesen Radio Tolak Lagu Hafiz Suip?"
Catat Ulasan