Judul : Struktur semula Majlis Agama Negeri dengan wujudkan jabatan khas hal ehwal ekonomi
link : Struktur semula Majlis Agama Negeri dengan wujudkan jabatan khas hal ehwal ekonomi
Struktur semula Majlis Agama Negeri dengan wujudkan jabatan khas hal ehwal ekonomi
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman yang mengemukakan cadangan itu berkata berdasarkan peruntukan undang-undang penubuhan Majlis Agama Islam di setiap negeri, majlis agama Islam negeri tidak harus tertumpu hanya mengenai hal ehwal agama tetapi juga perlu memelihara kebajikan umat Islam dari aspek ekonomi.
Katanya jabatan untuk hal-ehwal ekonomi Islam itu perlu dipimpin ahli ekonomi Islam berkaliber yang akan melapor terus perkembangan aktiviti kepada ketua agama Islam negeri iaitu Sultan manakala Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata jabatan itu akan mengurus dana dan sumber kewangan seperti kutipan zakat dan sumbangan wakaf untuk terlibat dalam aktiviti yang mampu menjana ekonomi ummah.
"Jika ia dipimpin oleh ahli cerdik pandai Islam, impak terhadap pembangunan ekonomi umat di negara ini dapat dilihat dalam jangka masa lima tahun," katanya pada sesi perbincangan meja bulat di bawah kumpulan kerja perundangan yang bertajuk Perlembagaan Asas Perpaduan anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN) di sini hari ini.Abd Aziz yang juga pengamal perundangan berkata sumber kewangan yang diuruskan jabatan itu boleh digunakan untuk membeli hartanah dan memberi pinjaman melalui penubuhan syarikat atau perbadanan.
"Saya tahu ada negeri yang mempunyai kutipan (zakat) beratus juta dan ada negeri yang mampu membuat kutipan bilion ringgit. Apa mereka buat? Buat apa simpan sahaja," katanya.
Beliau menyifatkan peranan ''hal-ehwal ekonomi Islam'' yang telah lama terlepas pandang itu mungkin kerana nama "majlis agama Islam" menyebabkan tumpuan hanya kepada hukum hakam agama.
Pengurusan jabatan hal ehwal ekonomi Islam yang baik akan merapatkan jurang ekonomi masyarakat Islam terutamanya orang Melayu yang masih ketinggalan dalam bidang ekonomi dengan masyarakat lain, katanya.
Abd Aziz juga mencadangkan agar jabatan khas bagi hal-hal ehwal ekonomi Islam itu melihat aspek proses pentadbiran kutipan zakat yang selama ini hanya dibayar oleh umat Islam di negara ini secara sukarela.
"Kita sepatutnya menguruskan hal kutipan zakat sama seperti kewajiban membayar cukai pendapatan kepada kerajaan dan Majlis Agama Islam seharusnya bertegas mengenai perkara ini," katanya.
MDN ialah badan khas yang bernaung di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang ditubuhkan pada Oktober 2013 untuk mengukuhkan kedudukan agama dalam negara serta membina kehidupan ummah yang sejahtera.
--BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q2YVbU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Struktur semula Majlis Agama Negeri dengan wujudkan jabatan khas hal ehwal ekonomi
Anda sekarang membaca artikel Struktur semula Majlis Agama Negeri dengan wujudkan jabatan khas hal ehwal ekonomi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/struktur-semula-majlis-agama-negeri.html
0 Response to "Struktur semula Majlis Agama Negeri dengan wujudkan jabatan khas hal ehwal ekonomi"
Catat Ulasan