Loading...

Suspek Kes Rogol Dan Samun Pusat Judi Puchong Disahkan Maut Terjatuh Bangunan Ketika Melarikan Diri Dari Polis

Loading...
Suspek Kes Rogol Dan Samun Pusat Judi Puchong Disahkan Maut Terjatuh Bangunan Ketika Melarikan Diri Dari Polis - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suspek Kes Rogol Dan Samun Pusat Judi Puchong Disahkan Maut Terjatuh Bangunan Ketika Melarikan Diri Dari Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek Kes Rogol Dan Samun Pusat Judi Puchong Disahkan Maut Terjatuh Bangunan Ketika Melarikan Diri Dari Polis
link : Suspek Kes Rogol Dan Samun Pusat Judi Puchong Disahkan Maut Terjatuh Bangunan Ketika Melarikan Diri Dari Polis

Baca juga


Suspek Kes Rogol Dan Samun Pusat Judi Puchong Disahkan Maut Terjatuh Bangunan Ketika Melarikan Diri Dari Polis


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai adalah salah seorang suspek kes samun dan rogol di sebuah pusat judi di Bandar Kinrara baru-baru ini, di Puchong maut setelah dikatakan terjatuh dari tingkat 12 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Jalan Rejang, Taman Setapak, di sini malam tadi.

Melalui laporan Astro Awani, Ketua Polis Serdang, ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, kejadian berlaku apabila mangsa cuba mengelak daripada ditangkap polis, semasa satu serbuan di rumah itu kira-kira pukul 10.10 malam.

“Pasukan serbuan telah mengetuk pintu beberapa kali sambil memperkenalkan diri sebagai polis tetapi penghuni di dalam rumah itu enggan membuka pintu.

“Pasukan serbuan telah bertindak memotong kunci mangga dan memecahkan pintu. Apabila masuk ke dalam rumah tersebut didapati seorang lelaki dan seorang perempuan berada di ruang tamu.



“Pasukan serbuan telah terdengar seperti barang-barang terjatuh dari bahagian dapur dan terus menuju ke bahagian dapur untuk membuat pemeriksaan dan mendapati suspek kes ini sedang bergayut di gril bahagian luar dapur untuk turun ke unit bawah untuk melarikan diri daripada pihak polis.

“Pasukan serbuan telah pun membuat pujukan terhadap lelaki berkenaan agar masuk ke dalam dan menyerahkan diri namun lelaki terbabit dikatakan tidak mahu,” katanya.

Difahamkan, lelaki tersebut telah terjatuh ke bawah secara tiba-tiba dan pasukan serbuan telah turun ke bawah, di mana didapati lelaki itu terbaring di atas tanah dan masih bernyawa.

“Pasukan serbuan telah menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan. Ambulans sampai dalam masa 30 minit dan membawa lelaki tersebut ke Hospital Kuala Lumpur.

“Lelaki India tersebut telah disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan semasa di hospital,” jelasnya.

Melalui satu siasatan polis mendapati suspek mempunyai rekod jenayah berkait dadah dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Pada 13 Mei, satu video yang mengejutkan rakyat Malaysia tular di laman media sosial, di mana, dua orang lelaki dilihat menyamun sebuah premis judi di Puchong, sebelum dipercayai merogol seorang mangsa wanita yang bekerja di pusat judi terbabit.

Ekoran kejadian itu, salah seorang suspek yang berusia 26 tahun telah ditangkap pada Ahad lalu di Kuala Selangor.

Selasa lalu, seorang wanita warga Indonesia serta seorang lelaki warga Bangladesh masing-masing berusia 33 dan 34 tahun yang dipercayai mangsa kes yang telah jadi tular itu tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan mereka membuat dua laporan yang berasingan iaitu kes rogol dan rompak. - BERNAMA

Baca: Kes Samun dan Rogol Juruwang Pusat Judi Di Puchong



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qxWGAE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Suspek Kes Rogol Dan Samun Pusat Judi Puchong Disahkan Maut Terjatuh Bangunan Ketika Melarikan Diri Dari Polis

Sekianlah artikel Suspek Kes Rogol Dan Samun Pusat Judi Puchong Disahkan Maut Terjatuh Bangunan Ketika Melarikan Diri Dari Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suspek Kes Rogol Dan Samun Pusat Judi Puchong Disahkan Maut Terjatuh Bangunan Ketika Melarikan Diri Dari Polis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/suspek-kes-rogol-dan-samun-pusat-judi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Suspek Kes Rogol Dan Samun Pusat Judi Puchong Disahkan Maut Terjatuh Bangunan Ketika Melarikan Diri Dari Polis"

Catat Ulasan

Loading...