Judul : Tak sempat nak jual
link : Tak sempat nak jual
Tak sempat nak jual
POLIS menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM2,000 yang disimpan dalam sebuah Proton Waja di Kampung Gajah, Seri Iskandar, semalam.
Dalam kejadian 12.45 tengah hari itu, lelaki berusia 43 tahun terbabit ditahan polis yang sedang membuat rondaan selepas mendapati suspek berada dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, pemeriksaan di dalam Proton Waja dipandu lelaki itu menemui pelbagai jenis mercun dipercayai untuk dijual.
"Antara mercun ditemui itu ialah mercun bola, Candela China, Banger Great Britain dan Happy Boom.
"Semua mercun ini dipercayai untuk disimpan di rumahnya sebelum dijual pada bulan puasa nanti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini, hari ini.
Mohamad Zainal berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja sebagai penyelia perkhidmatan membaiki mesin basuh itu mendapat bekalan daripada orang tengah yang dipercayai berada di daerah itu.
Katanya, lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtvfGF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tak sempat nak jual
Anda sekarang membaca artikel Tak sempat nak jual dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/tak-sempat-nak-jual.html
0 Response to "Tak sempat nak jual"
Catat Ulasan