Loading...

Tan Cheng Hoe kini bersama JDT?

Loading...
Tan Cheng Hoe kini bersama JDT? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tan Cheng Hoe kini bersama JDT?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tan Cheng Hoe kini bersama JDT?
link : Tan Cheng Hoe kini bersama JDT?

Baca juga


Tan Cheng Hoe kini bersama JDT?

Belum pun reda isu status kontrak bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe sebagai pembantu jurulatih Harimau Malaya, kini timbul pula dakwaan beliau akan menyertai skuad Johor Darul Ta’zim (JDT).

Khabar angin Cheng Hoe bakal mengendali skuad Harimau Selatan itu mula bertiup kencang sejak beberapa hari lalu selepas beliau mengesahkan kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum dimuktamadkan.

Namun, kehadiran Cheng Hoe di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ketika pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Ceres Negros FC dari Filipina pada aksi pertama separuh akhir Zon Asia Tenggara Piala AFC, malam Rabu sekali lagi mengundang seribu satu persoalan.

Lebih mengejutkan, beliau bukan sahaja hadir sebagai penonton untuk menyaksikan perlawanan itu tetapi turut bergambar bersama pasukan JDT.

 

Malah, gambar Cheng Hoe bersama pasukan JDT turut dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers dengan posting ‘Keluarga JDT’.Turut kelihatan dalam gambar itu pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden FAM dan ayam tambatan Kelantan, Mohammed Ghaddar.

Menerusi posting beserta di laman Facebook itu, Tunku Ismail dikatakan meluangkan masa bersama para pemain, barisan kejurulatihan dan staf JDT selepas tamat perlawanan menentang Ceres Negros FC, malam Rabu.

Tunku Ismail turut memberitahu mengenai kehadiran pemain polo profesional Johor Ellerstina Polo Club (Handicap 10), Polito Pieres yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Cheng Hoe mengenai gambar tersebut setakat ini masih belum berjaya kerana panggilan tidak berjawab. Namun menerusi ruang komen, netizen tertanya-tanya mengenai kehadiran Cheng Hoe di JDT.

“Hi Mr Tan Cheng Hoe, sampai selatan bincang kontrak assistant national coach noh…,” sindir Izo Hakim. Malah, ada di antara netizen yang mendakwa JDT sengaja menggunakan cara halus untuk membawa Cheng Hoe bersama pasukan Harimau Selatan itu.

“Sikit-sikit tunjuk, awal nak beritahu terang-terang tak berani… buat secara halus gini la. Tup… tup dah jadi family… kahkahkah… kena game oii,” tulis Muhammad Qhadri Abdul Halim.
Sumber: MStar



Sumber Tan Cheng Hoe kini bersama JDT?

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qU7Cdi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Tan Cheng Hoe kini bersama JDT?

Sekianlah artikel Tan Cheng Hoe kini bersama JDT? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tan Cheng Hoe kini bersama JDT? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/tan-cheng-hoe-kini-bersama-jdt.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tan Cheng Hoe kini bersama JDT?"

Catat Ulasan

Loading...