Loading...

Tanah runtuh: Pengguna jalan lama Miri-Bintulu dinasihat guna jalan alternatif

Loading...
Tanah runtuh: Pengguna jalan lama Miri-Bintulu dinasihat guna jalan alternatif - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanah runtuh: Pengguna jalan lama Miri-Bintulu dinasihat guna jalan alternatif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanah runtuh: Pengguna jalan lama Miri-Bintulu dinasihat guna jalan alternatif
link : Tanah runtuh: Pengguna jalan lama Miri-Bintulu dinasihat guna jalan alternatif

Baca juga


Tanah runtuh: Pengguna jalan lama Miri-Bintulu dinasihat guna jalan alternatif

MIRI: Pengguna jalan lama Miri-Bintulu dinasihat menggunakan jalan alternatif buat sementara waktu iaitu di jalan pesisir Miri-Bintulu berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 22 Jalan Miri-Bintulu petang Khamis.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata tanah runtuh itu berlaku di laluan Bintulu ke Miri iaitu tidak jauh dari Lambir dan pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati apabila melalui kawasan itu.

"Bomba menerima panggilan pada 3.55 petang mengenai kejadian itu dan setakat ini, tiada kemalangan berlaku," katanya di sini pada Khamis.

Law berkata pasukan bomba, polis dan pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) berada di lokasi kejadian bagi mengawal dan memantau keadaan serta melihat kerosakan akibat tanah runtuh itu.

Sementara itu, JKR Miri dalam kenyataan berkata Lebuhraya Borneo Utara (LBU) yang bertanggungjawab terhadap projek Lebuh Raya Pan Borneo telah diarahkan untuk meletakkan tanda amaran untuk pengguna jalan raya.

Katanya jalan itu telah diserahkan kepada LBU untuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan punca tanah runtuh disebabkan oleh hujan lebat di Miri baru-baru ini.

"Tindakan segera perlu diambil termasuk pengurusan trafik dan melebarkan bahu jalan untuk pengguna melaluinya," kata JKR.

Tanah runtuh itu juga menjejaskan saluran paip utama untuk bekalan air ke Bekenu dan usaha sedang dijalankan bagi membantu penduduk yang terjejas dengan gangguan bekalan air itu.

"Tangki air akan dihantar kepada orang ramai," kata kenyataan itu.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qyLPH4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Tanah runtuh: Pengguna jalan lama Miri-Bintulu dinasihat guna jalan alternatif

Sekianlah artikel Tanah runtuh: Pengguna jalan lama Miri-Bintulu dinasihat guna jalan alternatif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanah runtuh: Pengguna jalan lama Miri-Bintulu dinasihat guna jalan alternatif dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/tanah-runtuh-pengguna-jalan-lama-miri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tanah runtuh: Pengguna jalan lama Miri-Bintulu dinasihat guna jalan alternatif"

Catat Ulasan

Loading...