Loading...
Judul : Teo nafi kurang ajar terhadap PM
link : Teo nafi kurang ajar terhadap PM
Teo nafi kurang ajar terhadap PM
18/5/17 Malaysiakini
Penerbit filem David Teo menafikan beliau bertindak biadab terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pada majlis dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Putrajaya, malam semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures mendakwa beliau hanya tidak senang dengan moderator majlis itu, iaitu pelakon Rosyam Nor.
"Bukan niat saya mahu kurang ajar kepada perdana menteri. Saya hanya beritahu Rosyam bahawa hadirin tidak diberi peluang sama (untuk bercakap)...
"Bagaimana saya boleh kurang ajar kepada perdana menteri?" katanya yang dipetik oleh The Star Online.
Teo juga berkata beliau telah memaafkan pelakon Sulaiman Yassin, yang menamparnya di hadapan Najib.
Menurutnya, beliau telah memaklumkan kepada Najib, yang kemudiannya mahu kedua-dua mereka bersalaman selepas kejadian itu.
"Saya maklumkan kepada perdana menteri bahawa saya tidak menjangkakan kejadian itu. Saya juga beritahu perdana menteri bahawa saya telah memaafkannya (Sulaiman), apabila saya berjabat tangan dengan perdana menteri," katanya.
Sesi dialog TN50 Perdana Menteri bersama penggiat seni tanah air semalam berlaku insiden tidak diduga apabila Sulaiman bertindak mengasari Teo.
Sebelum itu, Teo telah meninggikan suaranya selepas tidak mendapat peluang untuk bercakap semasa dialog berkenaan.
Beliau mendakwa moderator, Rosyam Nor, dan Najib, hanya memberi perhatian kepada mereka yang di hadapan mereka, dan bukannya kepada hadirin yang duduk di belakang auditorium.
Rosyam kemudiannya bersetuju untuk memberi Teo peluang untuk bercakap selepas pengarah itu bersetuju untuk bertenang.
Walau bagaimanapun, Sulaiman yang tiba-tiba muncul dari belakang terus menampar Teo.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qV9geH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Teo nafi kurang ajar terhadap PM
Sekianlah artikel Teo nafi kurang ajar terhadap PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Teo nafi kurang ajar terhadap PM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/teo-nafi-kurang-ajar-terhadap-pm.html
0 Response to "Teo nafi kurang ajar terhadap PM"
Catat Ulasan