Judul : Terkilan Dituduh Sengaja Datang Lambat
link : Terkilan Dituduh Sengaja Datang Lambat
Terkilan Dituduh Sengaja Datang Lambat
Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana atau Nana, 33, menepis tuduhan yang mengatakan dia sengaja datang lambat ke lokasi sebuah penggambaran.
Memetik laporan mStar online, Nana berkata, ketika tiba di lokasi berkenaan, penggambaran tersebut belum pun bermula. Malah dia ada meminta pihak produksi tersebut agar memberi giliran awal kepadanya memandagkan selepas itu dia perlu ke lokasi lain.
“Saya tidak pernah datang lambat pada mana-mana program kerana pengurus saya akan bagi call time dua jam awal daripada masa sebenar.
“Saya mengaku ada minta agar produksi awalkan giliran saya untuk rakaman program hiburan baru-baru ini. Ketika itu saya sampai awal tetapi program itu tidak mula lagi.
“Sedangkan saya perlu ke lokasi lain untuk persembahan secara langsung anugerah pada sebelah malam,” ujarnya.
Minggu lalu, menerusi laporan berita di ruangan pojok sebuah akhbar mennyebut, penyanyi lagu Terus Mencintai ini ‘buat hal’ iaitu datang lambat dan meminta untuk didahulukan temubual.
Dalam pada itu Nana mengakui terkilan dengan tuduhan tersebut yang sikit sebanyak memberi persepsi buruk terhadap disiplin dirinya.
“Saya sedikit terkilan kerana sebagai artis saya sedaya upaya ingin memberi sokongan kepada program-program tempatan. Namun tidak sangka pula lain jadinya,” katanya.
Bagaimanapun, Siti Nordiana meminta maaf jika perkara itu menyusahkan seluruh pihak produksi berkenaan.
“Saya enggan panjangkan cerita ini, kalau ada yang terasa hati, saya minta maaf,” ujarnya.
The post Terkilan Dituduh Sengaja Datang Lambat appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWZWmu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Terkilan Dituduh Sengaja Datang Lambat
Anda sekarang membaca artikel Terkilan Dituduh Sengaja Datang Lambat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/terkilan-dituduh-sengaja-datang-lambat.html
0 Response to "Terkilan Dituduh Sengaja Datang Lambat"
Catat Ulasan