Judul : Terkini : Mahkamah Menjatuhkan Hukuman Reman Kepada Pengasas JJPTR dan 2 Orang Kanannya
link : Terkini : Mahkamah Menjatuhkan Hukuman Reman Kepada Pengasas JJPTR dan 2 Orang Kanannya
Terkini : Mahkamah Menjatuhkan Hukuman Reman Kepada Pengasas JJPTR dan 2 Orang Kanannya
Datuk Acryl Sani Abdullah, iaitu Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (CCID), mengesahkan bahawa pengasas skim JJ Poor To Rich (JJPTR), Johnson Lee termasuk orang kanan dan pembantu peribadi akan direman selama tiga hari bermula hari ini.
Menurut beliau lagi, Lee atau nama penuhnya Lee Choong Sen dan dua yang lain telah ditahan kira-kira pukul 4.30 pagi pada Selasa di Petaling Jaya.
Didalam tangkapan terbabit, polis turut merampas sebuah kereta Honda Accord, lima buah telefon bimbit, pelbagai dokumen yang berkaitan dengan JJPTR, 11 kad debit dan kredit, termasuk wang tunai berjumlah RM20,936.
Sebelum ini, JJPTR telah mengumpul skim pelaburan sehingga mencecah RM1.7 Billion.
Ketiga-tiga mereka telah tiba di Mahkamah Majistret Klang pada pukul 2.30 petang pada Selasa dan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan dan sedang disiasat kerana didakwa menjadi dalang kepada kes penipuan.
Memetik kenyataan beliau minggu lepas, skuad Anti Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, CCID, Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan hasil dalam Negeri, Pasukan Penguatkuasaan Hasil Negara dan Keselamatan Siber telah menyerbu lapan lokasi berbeza di Pulau Pinang yang dipercayai digunakan sebagai pejabat operasi sindiket tersebut.
Susulan serbuan tersebut juga, 15 pekerja dan empat pelabur telah dipanggil bagi membantu siasatan polis dan esemua yang terlibat juga dipercayai berusia di antara 23 hingga 40 tahun serta merupakan rakyat tempatan.
Euro Melonjak Ke Bacaan Tertinggi Dalam Tempoh 6 Bulan!
The post Terkini : Mahkamah Menjatuhkan Hukuman Reman Kepada Pengasas JJPTR dan 2 Orang Kanannya appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qn36D8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Terkini : Mahkamah Menjatuhkan Hukuman Reman Kepada Pengasas JJPTR dan 2 Orang Kanannya
Anda sekarang membaca artikel Terkini : Mahkamah Menjatuhkan Hukuman Reman Kepada Pengasas JJPTR dan 2 Orang Kanannya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/terkini-mahkamah-menjatuhkan-hukuman.html
0 Response to "Terkini : Mahkamah Menjatuhkan Hukuman Reman Kepada Pengasas JJPTR dan 2 Orang Kanannya"
Catat Ulasan