Judul :
link :
Terpaksa pindah, rumah jadi sasaran pencuri
KUCHING: Seorang warga emas berdepan nasib malang apabila barang-barang di dalam rumahnya di Stapok dekat sini hampir licin dikebas pencuri.
Menurut sumber, pemilik rumah hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh jirannya.Difahamkan rumah itu telah ditinggalkan kosongsejak beberapa tahun lalu kerana pemilik telah berpindah di rumah baharu.
“Dia (pemilik) pindah sebab berasa tidak selamat, rumah sering dipecah masuk pencuri.“Sebab itu, dia tidak tinggal di rumah tersebut sejak beberapa tahun lalu dan dibiarkan kosong,”kata sumber.Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek bersama beberapa rakannya dikatakan sedang mencabut kabel, jeriji besi serta pendingin hawa di rumah berkenaan.
Suspek berusia dalam lingkungan 40-an ditangkap oleh jiran yang berada di kawasan Polis Komuniti Stapok.Beberapa rakan suspek sempat melarikan diri menggunakan motosikal dan sebuah kereta bersama barang curi.
Pemilik dikatakan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.
UTUSAN BORNEO
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qmZz7j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel
Anda sekarang membaca artikel dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/terpaksa-pindah-rumah-jadi-sasaran.html
0 Response to " "
Catat Ulasan