Loading...
Judul : Tiga Ahli UMNO Terima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang
link : Tiga Ahli UMNO Terima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang
Tiga Ahli UMNO Terima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang
Tiga ahli UMNO yang telah banyak menyumbang kepada parti dan negara akan menerima anugerah Tokoh Melayu Terbilang pada sambutan ulang tahun UMNO ke-71 yang bakal berlangsung pada 11 Mei ini.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, antara kriteria pemilihan personaliti-personaliti ini ialah mereka telah berkhidmat dengan parti untuk suatu tempoh yang panjang dan setia kepadanya, selain menyumbang kepada pembangunan negara.
“Nama-nama mereka akan diumumkan ketika malam sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat teknikal sambutan ulang tahun ke-71 UMNO baru-baru ini.
Bekas penerima anugerah itu termasuklah veteran UMNO, Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Tapa; Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub dan penulis, Khalidah Adibah Amin.
Ab. Rauf berkata, pelbagai aktiviti akan dianjurkan bersempena dengan sambutan ulang tahun itu, termasuklah larian bendera di Perlis, Kelantan, Johor dan Sabah, bermula 1 Mei dan berakhir pada 11 Mei di Bukit Jalil.
Beliau berkata, acara sukan seperti bola sepak dan tarik tali akan diadakan, selain karnival kerjaya yang dianjurkan Pergerakan Pemuda UMNO serta Karnival WOW oleh Media Prima pada 10 Mei di pekarangan stadium.
Ab. Rauf memberitahu, lebih 120,000 ahli parti dijangka hadir pada malam sambutan 11 Mei itu dengan upacara penyerahan serta menaikkan bendera UMNO dan ucapan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli-ahli UMNO yang hadir pada majlis sambutan itu berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai RM1 juta yang meliputi enam kereta iaitu Proton Perdana, Suprima, Persona, Preve, Iriz, Saga dan Perodua Myvi selain 10 motosikal.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qn9TgF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tiga Ahli UMNO Terima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang
Sekianlah artikel Tiga Ahli UMNO Terima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga Ahli UMNO Terima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/tiga-ahli-umno-terima-anugerah-tokoh.html
0 Response to "Tiga Ahli UMNO Terima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang"
Catat Ulasan