Judul : Tiga bulan untuk polis lengkapkan ke JJPTR
link : Tiga bulan untuk polis lengkapkan ke JJPTR
Tiga bulan untuk polis lengkapkan ke JJPTR
Polis mempunyai tempoh tiga bulan untuk mengemas kini dan melengkapkan kertas siasatan ke atas syarikat skim pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) berpangkalan di Pulau Pinang yang diserbu, Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan meneliti segala dokumen syarikat itu sebelum tindakan lanjut diambil di bawah akta yang diperuntukkan antaranya Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Menurutnya, polis mengambil tindakan terhadap syarikat terbabit setelah risikan yang dijalankan sebelum ini mendapati, berlakunya aktiviti perniagaan meragukan yang agak serius.
“Dibimbangi sekiranya tiada tindakan awal diambil, kes ini akan melibatkan lebih ramai mangsa dan jumlah wang yang lebih besar.
“Serbuan yang kita buat termasuk rampasan dokumen serta pembekuan akaun syarikat berkenaan untuk memberi laluan kepada siasatan polis,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Serbuan Jumaat lalu dilakukan bersama pasukan siasatan Pnegubahan Wang Haram (AMLA), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pasukan penguatkuasaan Pemulihan Hasil negara (NRRET), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Cyber Security Malaysia.
Setakat ini, 19 individu iaitu 15 pekerja dan empat pelabur berusia 23 hingga 40 tahun ditahan untuk proses dokumentasi dan merakamkan keterangan.
Turut dirampas dalam serbuan itu adalah tujuh unit komputer serta dua komputer riba, mesin pengira wang, televisyen, perakam kamera litar tertutup (CCTV), wang tunai RM3,300 dan ratusan dokumen syarikat JJPTR.
Terdahulu, Noor Rashid merasmikan Majlis Penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Ke-19 di Dataran Kawad Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini.
The post Tiga bulan untuk polis lengkapkan ke JJPTR appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2riE5qB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tiga bulan untuk polis lengkapkan ke JJPTR
Anda sekarang membaca artikel Tiga bulan untuk polis lengkapkan ke JJPTR dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/tiga-bulan-untuk-polis-lengkapkan-ke.html
0 Response to "Tiga bulan untuk polis lengkapkan ke JJPTR"
Catat Ulasan