Loading...
Judul : Tindakan Pembangkang Serang Dan Tuduh SPR Penipu Ibarat Lagu Raya Di Radio
link : Tindakan Pembangkang Serang Dan Tuduh SPR Penipu Ibarat Lagu Raya Di Radio
Tindakan Pembangkang Serang Dan Tuduh SPR Penipu Ibarat Lagu Raya Di Radio
Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Yunos berkata, sikap pembangkang yang semakin agresif menyerang kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lain dan tidak bukan hanya kerana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah semakin hampir.
Jelas beliau, taktik kotor pembangkang meracuni fikiran rakyat ini ibarat lagu raya yang berkemundang di radio… apabila musim raya maka semakin rancaklah lagu raya diputarkan dan begitulah juga dengan pembangkang.
“Bila PRU semakin dekat maka mereka akan semakin ligat memburukkan kedibiliti SPR hanya untuk merosakkan minda rakyat.
“Apatah lagi sambutan ulang tahun UMNO yang ke-71 baru-baru ini telah menyebabkan pembangkang semakin risau dan gerun apabila menyaksikan UMNO masih relevan di hati rakyat.
“Jadi, sebagai badan yang paling penting pada pilihan raya nanti, sudah pasti SPR tidak akan terlepas daripada menjadi mangsa fitnah pembangkang,” ujarnya kepada UMNO-Online hari ini.
Tambah beliau, strategi pembangkang ini sebenarnya sudah lapuk dek hujan dan rakyat sudah muak dengan tipu muslihat sebegini kerana sekiranya benar SPR tidak telus, penuh penipuan, mana mungkin pembangkang berjaya menjadi pemerintah di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
“Saya yakin dan percaya pembangkang akan terus menyerang SPR sebagai langkah awal untuk mencari alasan kekalahan mereka nanti.
“Saya juga yakin dan percaya bahawa sekiranya keputusan PRU-14 tidak memihak kepada mereka maka akan timbullah sekali lagi tuduhan yang mengatakan ‘inilah pilihan raya paling kotor’ sebagaimana yang terjadi pada PRU yang lalu.
“.. . sedangkan proses pilihan raya diadakan secara demokrasi dan kerana demokrasi jugalah BN hilang kuasa dua per tiga di Parlimen. Adakah ini juga tidak telus?” tegasnya lagi.
Justeru, beliau menyeru kepada seluruh rakyat agar jangan terus terpengaruh dengan agenda busuk pembangkang yang semakin desperado untuk menumbangkan BN. – MediaUMNO
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pRCYMO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tindakan Pembangkang Serang Dan Tuduh SPR Penipu Ibarat Lagu Raya Di Radio
Sekianlah artikel Tindakan Pembangkang Serang Dan Tuduh SPR Penipu Ibarat Lagu Raya Di Radio kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tindakan Pembangkang Serang Dan Tuduh SPR Penipu Ibarat Lagu Raya Di Radio dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/tindakan-pembangkang-serang-dan-tuduh.html
0 Response to "Tindakan Pembangkang Serang Dan Tuduh SPR Penipu Ibarat Lagu Raya Di Radio"
Catat Ulasan