Judul : Tindakan segera terhadap sindiket ceroboh tanah kerajaan negeri - Zambry
link : Tindakan segera terhadap sindiket ceroboh tanah kerajaan negeri - Zambry
Tindakan segera terhadap sindiket ceroboh tanah kerajaan negeri - Zambry
Menteri Besar Perak itu berkata sindiket ini semakin berani dengan membuat iklan penjualan tanah menerusi laman sosial Facebook milik seorang wanita.
Katanya, individu terbabit menggunakan salinan geran dan surat kebenaran yang kononnya dikeluarkan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) untuk menipu orang ramai.
"PPPNP tidak pernah melantik mana-mana orang tengah, ejen atau pihak sebagai wakil dalam pengurusan tanah miliknya," katanya kepada pemberita sebelum majlis Jamuan Rakyat di Dewan Terbuka Kampung Chuar, Kati di sini hari ini.Menurut Zambry, sindiket itu berani menceroboh tanah di kawasan sempadan dengan kejadian terbaharu berlaku di Mukim Ulu Bernam, Muallim membabitkan kawasan seluas 41.96 hektar.
Katanya, terdapat juga sindiket yang menawarkan penjualan tanah milik kerajaan negeri di Mukim Senggang, Kuala Kangsar seluas 121.406 hektar melalui aplikasi Whatsapp baru-baru ini.
Sehubungan itu, Zambry berkata PPPNP telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Slim River pada 12 Mei serta Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh pada 15 dan 17 Mei lalu berhubung perkara itu dan mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q0ojQ5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tindakan segera terhadap sindiket ceroboh tanah kerajaan negeri - Zambry
Anda sekarang membaca artikel Tindakan segera terhadap sindiket ceroboh tanah kerajaan negeri - Zambry dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/tindakan-segera-terhadap-sindiket.html
0 Response to "Tindakan segera terhadap sindiket ceroboh tanah kerajaan negeri - Zambry"
Catat Ulasan