Loading...

Tony Pua: Rakyat Bakal Tanggung Hutang 1MDB Hampir RM42 Bilion

Loading...
Tony Pua: Rakyat Bakal Tanggung Hutang 1MDB Hampir RM42 Bilion - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tony Pua: Rakyat Bakal Tanggung Hutang 1MDB Hampir RM42 Bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tony Pua: Rakyat Bakal Tanggung Hutang 1MDB Hampir RM42 Bilion
link : Tony Pua: Rakyat Bakal Tanggung Hutang 1MDB Hampir RM42 Bilion

Baca juga


Tony Pua: Rakyat Bakal Tanggung Hutang 1MDB Hampir RM42 Bilion


SHAH ALAM: Kegagalan TRX City Sdn Bhd menjual 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium bakal menjejaskan pelan rasionalisasi hutang 1MDB (1Malaysia Development Berhad).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, tindakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu juga boleh menyebabkan rakyat Malaysia berisiko menanggung hutang 1MDB, sehingga RM41.7 bilion.
“Ini kerana, 1MDB tidak lagi mempunyai aset atau wang dalam akaunnya seterusnya menyebabkan pembayar cukai terpaksa menanggung sejumlah besar hutang tertunggak 1MDB,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, TRX City mengumumkan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan Konsortium Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH)-China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC) bernilai RM7.4 bilion terbatal akibat kegagalan pembeli melunaskan pembayaran.
Ia menyebabkan TRX City yang dulunya dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd bergelar pemegang saham tunggal bandar Malaysia.
Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah individu yang seharusnya bertanggungjawab atas kegagalan pelan rasionalisasi itu.
“Seperti dinyatakan dalam Memorandum dan Artikel Persatuan dan akaun kewangan 1MDB, Najib adalah individu rasmi terpenting dalam membuat sebarang keputusan berhubung syarikat berkenaan.
“Ia turut diperkuatkan dakwaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) bahawa AS$731 juta berpunca daripada 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Tony Pua: Rakyat Bakal Tanggung Hutang 1MDB Hampir RM42 Bilion

Sekianlah artikel Tony Pua: Rakyat Bakal Tanggung Hutang 1MDB Hampir RM42 Bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tony Pua: Rakyat Bakal Tanggung Hutang 1MDB Hampir RM42 Bilion dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/tony-pua-rakyat-bakal-tanggung-hutang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tony Pua: Rakyat Bakal Tanggung Hutang 1MDB Hampir RM42 Bilion"

Catat Ulasan

Loading...