Loading...

ToR pastikan hubungan tentera darat M'sia-Thailand lebih erat - PTD

Loading...
ToR pastikan hubungan tentera darat M'sia-Thailand lebih erat - PTD - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ToR pastikan hubungan tentera darat M'sia-Thailand lebih erat - PTD, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ToR pastikan hubungan tentera darat M'sia-Thailand lebih erat - PTD
link : ToR pastikan hubungan tentera darat M'sia-Thailand lebih erat - PTD

Baca juga


ToR pastikan hubungan tentera darat M'sia-Thailand lebih erat - PTD

BANGKOK: Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Diraja Thailand akan mengembangkan lagi hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin erat ketika ini menerusi pemeteraian Terma Rujukan (ToR).

Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata ToR akan memastikan hubungan kedua-dua pasukan tentera darat diperluas meliputi perkara yang berada di luar Jawatankuasa Am Sempadan (GBC).

"Terma Rujukan itu akan membuka lebih banyak ruang kepada kedua-dua tentera darat untuk mengembangkan lagi hubungan dan kerjasama yang telah pun terjalin erat ketika ini," katanya kepada Bernama dalam temuramah di sini hari ini.

Beliau berkata antara perkara yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak di bawah ToR untuk mengembangkan lagi hubungan dan kerjasama itu termasuk pertukaran anggota, aktiviti sosial dan kemasyarakatan serta latihan bersama.

"Hubungan yang lebih erat antara tentera darat Malaysia dan Thailand akan memberi faedah kepada rakyat di kedua-dua negara," katanya.

Kedua-dua pihak menurut Zulkiple, juga bercadang untuk menganjurkan program perbincangan antara tentera darat ''Army to Army Talk'' di bawah ToR yang bertujuan merapat dan membina jaringan hubungan antara pegawai kedua-dua negara terutama di peringkat pertengahan.

Hubungan erat dan jaringan yang kukuh antara pegawai pertengahan tentera darat Malaysia dan Thailand yang dipupuk menerusi inisiatif itu, katanya diharap akan berkekalan serta diperkembangkan lagi apabila mereka menjadi pegawai atasan.

"Apabila mereka (pegawai tentera darat Malaysia dan Thailand) menjadi pegawai atasan, hubungan dan jaringan sesama mereka itu menjadi semakin erat kerana mereka merupakan ''kawan-kawan lama''," katanya.

Memorandum mengenai ToR dimeterai beliau ketika melakukan kunjungan pengenalan terhadap rakan sejawatannya dari Thailand, Jen Chalermchai Sittisart di Ibu Pejabat Tentera Darat Diraja Thailand semalam.

Zulkiple mula memegang jawatan Panglima Tentera Darat pada 16 Dis tahun lepas.

Ibu Pejabat Tentera Darat Diraja Thailand dalam kenyataan semalam berkata Panglima Tentera Darat Thailand dan Malaysia berikrar untuk meningkatkan pertukaran maklumat ketenteraan antara kedua-dua negara serta mengadakan kerjasama dalam rondaan dan pemeriksaan bersama di sepanjang kawasan sempadan bersama.

Kerjasama antara kedua-dua tentera di sempadan akan menghalang dan memerangi ancaman keganasan, penyeberangan masuk sempadan secara haram, penyeludupan kontraband, pengedaran dadah dan lain-lain, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qTSgFz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel ToR pastikan hubungan tentera darat M'sia-Thailand lebih erat - PTD

Sekianlah artikel ToR pastikan hubungan tentera darat M'sia-Thailand lebih erat - PTD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ToR pastikan hubungan tentera darat M'sia-Thailand lebih erat - PTD dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/tor-pastikan-hubungan-tentera-darat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ToR pastikan hubungan tentera darat M'sia-Thailand lebih erat - PTD"

Catat Ulasan

Loading...