Judul : Tragedi main kejar-kejar
link : Tragedi main kejar-kejar
Tragedi main kejar-kejar
BUDAK lelaki berusia 9 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak pada 1 tengah hari hari ini.
Mangsa, Muhammad Nazirul Nasyat Mat Isa dikatakan main kejar-kejar bersama rakannya dari tingkat sembilan ke tingkat 10 pangsapuri berkenaan.
Bagaimanapun ketika sampai di tingkat 10, rakan mangsa berusia 6 tahun dikatakan masuk ke dalam rumah manakala mangsa terus mencari rakannya sebelum dia ditemui terjatuh di tingkat bawah perumahan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada 1.40 tengah hari dan mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.
Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian dan setakat ini tiada individu yang mendakwa melihat insiden berkenaan.
"Pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat.
"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qExp6l
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tragedi main kejar-kejar
Anda sekarang membaca artikel Tragedi main kejar-kejar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/tragedi-main-kejar-kejar.html
0 Response to "Tragedi main kejar-kejar"
Catat Ulasan