Judul :
link :
UCHING: Seorang wanita selamat melahirkan bayi lelaki di dalam keretanya dengan bantuan tiga anggota polis wanita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan di sini, kelmarin.Difahamkan, wanita berusia 23 tahunitu dan berasal dari Tanjung Bundong, Kota Samarahan tiba di pekarangan IPD Kota Samarahan bersama suaminya sekitar jam 7 pagi untuk mendapatkan bantuan dihantar ke klinik berdekatan.Bagaimanapun, wanita terbabit mengerang kesakitan mahu bersalin menyebabkan tiga anggota polis wanita iaitu Koperal Suria Lapoh dan Fauziah serta Lans Koperal Norfaradilah menjadi bidan terjun.“Wanita terbabit sedang sakit hendakbersalin semasa tiba di pekarangan IPD Kota Samarahan menyebabkan tiga anggota polis wanita yang sedang bertugas menjadi bidan terjun.“Seorang bayi lelaki seberat 3.2 kilogram berjaya dilahirkan oleh wanita terbabit yang disambut oleh ketiga-tiga anggota polis wanita tersebut di dalam keretanya,” kata sumber.Wanita serta bayinya kemudian dihantar ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.Biro Kebajikan PERKEP dan AMANITA IPD Kota Samarahan juga meluangkan masa melawat wanita dan bayinya itu semalam, serta turut menyampaikan sumbangan.“Wanita terbabit bersama bayinya dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih dalam pemantauan pihak klinik,” kata sumber.
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q2TgDm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel
Anda sekarang membaca artikel dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/uching-seorang-wanita-selamat.html
0 Response to " "
Catat Ulasan