Loading...

Update drama tebusan: Rupanya suspek gagal merompak sebuah jadi punca jadikan wanita sebagai tebusan

Loading...
Update drama tebusan: Rupanya suspek gagal merompak sebuah jadi punca jadikan wanita sebagai tebusan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Update drama tebusan: Rupanya suspek gagal merompak sebuah jadi punca jadikan wanita sebagai tebusan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Update drama tebusan: Rupanya suspek gagal merompak sebuah jadi punca jadikan wanita sebagai tebusan
link : Update drama tebusan: Rupanya suspek gagal merompak sebuah jadi punca jadikan wanita sebagai tebusan

Baca juga


Update drama tebusan: Rupanya suspek gagal merompak sebuah jadi punca jadikan wanita sebagai tebusan

“PELBAGAI cara digunakan untuk memujuk, termasuk menawarkan sejumlah wang tunai, namun lelaki itu tidak mahu melepaskan tebusannya, malah mengancam mahu mengelar leher wanita itu,” kata saksi insiden wanita berusia 20-an yang dijadikan tebusan di Jalan Damai – Luyang berhampiran Plaza Damai Kota Kinabalu, malam ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50 -an berkata, suspek terdahulu cuba melakukan rompakan di salah sebuah kediaman jirannya di Taman Istimewa, Luyang.

Baca artikel sebelum: Drama tebusan wanita diacu pisau di Jalan Damai

Menurut Ahmad, selepas gagal melakukan aktiviti jenayah itu, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri ke kediaman bersebelahan lalu menjadikan wanita berusia 20-an sebagai tebusan dengan mengacukan sebilah pisau di leher mangsa.

“Mangsa ketika itu berada di luar rumah. Ahli keluarga mangsa yang menyedari kejadian itu cuba memujuk suspek melepaskan anak mereka namun lelaki terbabit berkeras dan enggan berbuat demikian.

“Mereka (ahli keluarga) turut menawarkan sejumlah wang tunai bagi membebaskan mangsa namun suspek tetap enggan sambil menjerit dia mahu pulang ke Sandakan pada malam ini juga, ” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, suspek bertindak mengheret mangsa ke jalan raya sejauh 1.5 kilometer dari Taman Istimewa ke Jalan Damai-Luyang berhampiran Plaza Damai sambil tangannya mengacukan pisau ke arah leher wanita berkenaan.

Insiden tebusan itu turut menyebabkan laluan di lokasi terbabit sesak dengan kehadiran orang ramai yang mahu menyaksikan kejadian berkenaan secara dekat.

Bagaimanapun, situasi cemas itu berakhir selepas suspek ditahan dan tebusan diselamatkan sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2.

Sementara itu, adik mangsa tebusan, Chong Siew Ling, 24, berkata, kakaknya masih trauma.

Katanya, sebelum kejadian kakaknya pergi ke rumah seorang rakan di Taman Istimewa pada sebelah petang.

“Kakak saya ada beritahu dia mahu ke rumah kawannya petang tadi tapi kami tidak menyangka pula perkara ini terjadi.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh kawan tentang keadaan kakak saya yang jadi tebusan lalu terus bergegas ke sini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun, beliau yang masih terkejut dengan kejadian itu enggan mengulas lanjut.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Update drama tebusan: Rupanya suspek gagal merompak sebuah jadi punca jadikan wanita sebagai tebusan

from Trending Now http://ift.tt/2r2IpdG


Demikianlah Artikel Update drama tebusan: Rupanya suspek gagal merompak sebuah jadi punca jadikan wanita sebagai tebusan

Sekianlah artikel Update drama tebusan: Rupanya suspek gagal merompak sebuah jadi punca jadikan wanita sebagai tebusan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Update drama tebusan: Rupanya suspek gagal merompak sebuah jadi punca jadikan wanita sebagai tebusan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/update-drama-tebusan-rupanya-suspek_10.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Update drama tebusan: Rupanya suspek gagal merompak sebuah jadi punca jadikan wanita sebagai tebusan"

Catat Ulasan

Loading...