Loading...
Judul : Van Rempuh Gerai Pasar Malam, Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Ketika Pilih Mainan
link : Van Rempuh Gerai Pasar Malam, Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Ketika Pilih Mainan
Van Rempuh Gerai Pasar Malam, Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Ketika Pilih Mainan
Sekitar jam 9.45 malam Ahad lalu, sebuah van yang dipandu seorang peniaga pasar malam merempuh gerai di pasar malam Golden Hill, Cameron Highlands, megakibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut manakala tujuh lagi cedera parah.
Mangsa dikenali sebagai Adra Mustaffa Kamal dari Kampung Tenglu Laut, Mersing, meninggal dunia di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata akibat kecederaan parah di kepala.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Hasadid A. Hamid berkata, ketika kejadian berlaku, kanak-kanak yang menemui ajal itu bersama ibu bapanya dan dua adik-beradik yang lain sedang melihat alat mainan di salah sebuah gerai.
"Pemandu van mendakwa dia telah menggerakkan vannya perlahan-lahan, dan menekan minyak untuk memastikan pelanggan memberi laluan."
"Bagaimanapun, van itu tiba-tiba bergerak ke hadapan dan merempuh beberapa gerai, termasuk gerai di mana budak perempuan itu sedang memilih mainan," katanya.
Hasadid berkata, laporan polis yang diterima daripada pemandu van berkenaan mendakwa seluruh badannya mengalami kekejangan dan tidak sedarkan diri buat seketika ketika kejadian.
Beliau berkata,pemandu van berkenaan tidak mengalami kecederaan dan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya.
Dilaporkan polis juga sudah mengambil sampel air kencing dan darah pemandu berkenaan untuk dianalisis. - www.kakishare.my
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qo17Mc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Van Rempuh Gerai Pasar Malam, Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Ketika Pilih Mainan
Sekianlah artikel Van Rempuh Gerai Pasar Malam, Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Ketika Pilih Mainan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Van Rempuh Gerai Pasar Malam, Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Ketika Pilih Mainan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/van-rempuh-gerai-pasar-malam-kanak.html
0 Response to "Van Rempuh Gerai Pasar Malam, Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Ketika Pilih Mainan"
Catat Ulasan