Loading...

Video: Gaduh Ala KL Gangster Di Pandan Mewah

Loading...
Video: Gaduh Ala KL Gangster Di Pandan Mewah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video: Gaduh Ala KL Gangster Di Pandan Mewah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video: Gaduh Ala KL Gangster Di Pandan Mewah
link : Video: Gaduh Ala KL Gangster Di Pandan Mewah

Baca juga


Video: Gaduh Ala KL Gangster Di Pandan Mewah


AMPANG – Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan Hospital Ampang, di sini pada awal pagi Isnin, menjadi tular di media sosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, seramai 80 individu dikatakan terlibat dan dua daripadanya telah ditahan oleh sepasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, anggota berkenaan telah menghampiri kumpulan lelaki tersebut dan mengarahkan supaya mereka bersurai namun arahan itu tidak diendahkan.


“Mereka telah menggunakan topi keledar sebagai senjata dan bergaduh sesama sendiri, biarpun polis telah mengarahkan supaya bersurai,” katanya memetik mStar Online.

Menerusi rakaman, dua lelaki dilihat cuba melarikan diri dengan motosikal, manakala sekumpulan lelaki cuba menghalang mereka daripada berbuat demikian.

Di tengah-tengah kekecohan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun yang memegang parang sepanjang 54 sentimeter.

“Suspek yang memegang parang itu cuba melarikan diri tetapi polis berjaya menangkapnya dan merampas senjata itu,” kata Hamzah.

Tambahnya, kedua-dua lelaki berasal dari Rembau, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata di tempat-tempat awam. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Video: Gaduh Ala KL Gangster Di Pandan Mewah

Sekianlah artikel Video: Gaduh Ala KL Gangster Di Pandan Mewah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video: Gaduh Ala KL Gangster Di Pandan Mewah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/video-gaduh-ala-kl-gangster-di-pandan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Video: Gaduh Ala KL Gangster Di Pandan Mewah"

Catat Ulasan

Loading...