Loading...
Judul : Video: Juruterbang Wanita TUDM Pecah Dominasi Lelaki
link : Video: Juruterbang Wanita TUDM Pecah Dominasi Lelaki
Video: Juruterbang Wanita TUDM Pecah Dominasi Lelaki
Sudah menjadi kelaziman bahawa dunia penerbangan khususnya dalam bidang ketenteraan udara ini didominasi oleh kaum lelaki namun ia tidak menjadi alasan buat kaum wanita untuk tidak menembusi kerjaya yang dikuasai lelaki.
Sungguhpun fizikal tidak segagah lelaki, namun keupayaan wanita dalam bidang ini tidak boleh dipertikaikan kerana mereka mampu bersaing seiring dengan kaum lelaki.
Bagi Juruterbang helikopter wanita pertama di Malaysia , Leftenan Kolonel Norhana Abdul Manaf, menembusi dominasi kaum lelaki dalam bidang ini sukar namun cabaran yang paling besar ialah diri wanita itu sendiri dalam menempuhi cabaran dalam bidang ini.
“Memang ia didominasi oleh lelaki, tapi cabaran paling besar ialah diri kita sendiri.
“Dengan galakan dan semangat dari rakan-rakan sekerja alhamdulillah tidak ada masalah.
“Kita kena tanamkan dalam diri yang kita nak buat dan kita kena hadapi cabaran ini.”katanya ketika ditemui media di Pangkalan Udara Labuan.
Menurut beliau, sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama TUDM, banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
“Antara memori yang tak dapat dilupakan ialah misi pertama saya apabila membuat operasi perkhidmatan doktor udara iaitu membawa doktor dan memabawa bekalan ubatan ke kawasan pedalaman orang asli yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan darat.
“Jadi pada ketika itu, pesawat menghadapi sedikit masalah teknikal dan tidak boleh balik ke pengkalan dan telah bermalam selama 3 hari 2 malam.
“Tapi ini tidak menjadi masalah kerana sebelum ini kita telah dihantar untuk latihan ikhtiar hidup,”ujarnya.
Menurut seorang lagi juruterbang pesawat tempur wanita TUDM, Mejar Patricia yap Syau Yin, minatnya yang mendalam terhadap kerjaya beruniform menyebabkan beliau menyertai TUDM.
“Cita-cita saya ialah saya suka ketenteraan dan disiplin. kerana pada saya uniform ini mencerminkan diri kita sebagai seorang yang berdisiplin.
“Sesiapa yang diberikan peluang untuk jadi juruterbang, saya rasa semua orang akan ambil peluang dan menghadapi cabaran untuk menjadi seorang juruterbang,”katanya.
Dalam pada itu, menurut beliau, cabaran kepada wanita yang ingin menembusi dominasi lelaki dalam bidang ini ialah cabaran fizikal.
“Cabaran dalam menghadapi kerjaya dalam dunia yang didominasi oleh lelaki ialah fizikal, tapi selagi kita fit, saya tidak melihat sebarang masalah.
tetapi bila orang tengok badan kita kecil, so orang rasa kita boleh fightla bila one on one,” ujarnya.
Menurut beliau, ketika menerbangkan pesawat, masalah fizikal itu tidak menganggunya kerana wanita juga mampu melakukan penerbangan setaraf dengan keupayaan juruterbang lelaki.
“Tetapi bila di atas sana, wanita boleh buat lebih baik berbanding lelaki,” katanya.
Sepanjang kerjayanya dalam bidang ini, beliau pernah terlibat dalam pertunjukkan aerobatik, dimana saya mendapat nombor 3 dan disebabkan itu saya dipilih menjadi seorang juruterbang pejuang kerana saya satu-satunya wanita yang dapat tempat.-SuaraTV
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qvVNGy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Video: Juruterbang Wanita TUDM Pecah Dominasi Lelaki
Sekianlah artikel Video: Juruterbang Wanita TUDM Pecah Dominasi Lelaki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Video: Juruterbang Wanita TUDM Pecah Dominasi Lelaki dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/video-juruterbang-wanita-tudm-pecah.html
0 Response to "Video: Juruterbang Wanita TUDM Pecah Dominasi Lelaki"
Catat Ulasan