Loading...

'Wahai Ibu Bapa Sekalian, Cikgu Bukan Hamba Kepada Anak Anda'

Loading...
'Wahai Ibu Bapa Sekalian, Cikgu Bukan Hamba Kepada Anak Anda' - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Wahai Ibu Bapa Sekalian, Cikgu Bukan Hamba Kepada Anak Anda', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Wahai Ibu Bapa Sekalian, Cikgu Bukan Hamba Kepada Anak Anda'
link : 'Wahai Ibu Bapa Sekalian, Cikgu Bukan Hamba Kepada Anak Anda'

Baca juga


'Wahai Ibu Bapa Sekalian, Cikgu Bukan Hamba Kepada Anak Anda'


Tugas sebagai seorang guru sememangnya dipandang tinggi oleh masyarakat. Kerana tugasnya mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berguna. Namun, pada zaman ini tugas cikgu mungkin sudah berubah. Kadang-kadang anak-anak murid tiada lagi perasaan hormat kepada cikgu. 

Tidak dapat dinafikan ada sesetengah guru yang tidak sepatutnya menjadi guru. Namun bak kata pepatah, kerana nila setitik habis susu sebelanga. Bagi ibu bapa pula, cikgu dibuat seperti hamba di suruh itu ini dan ada saja yang tidak kena. Semoga luahan ini dapat kita renungkan sebentar. 

Saya seorang guru tadika. Ada 17 orang anak murid termasuk 4, 5 dan 6 tahun. Sebelum ni saya bertugas di kawasan tadika yg cikgunya ramai.

Kini saya dihantar ke tadika perseorangan. Maknanya saya seorang yg kena handle murid, saya sorg yang kena beli makanan untuk waktu rehat murid, saya juga yang kena aturkan apa-apa aktiviti untuk murid.

Masa mula-mula ditugaskan di tadika ini. Saya macam excited. Yelah, dapat tadika sendiri. Macam-macam saya rancang nak buat aktiviti dengan murid dan ibu bapa.

Tapi bayangkan, setiap kali saya buat program. Sambutannya sangat mengecewakan.

Kali pertama program mesyuarat agung pibg. Tahu tak berapa org yang datang mesyuarat tersebut?

Hanya 2 orang sahaja ibu bapa. YA, BETUL HANYA
2 orang sahaja ibu bapa yg datang.

Saya sebagai guru sedih sangat. Kenapa ibu bapa ambil mudah mesyuarat pibg nie. Sedangkan dengan mesyuarat inilah satu saluran kita nak meningkatkan pencapaian anak-anak.

Lepas tu ibu bapa yang tak datang bagi alasan tak dapat surat yang saya bagi pada anak mereka. Okayy tak mengapa. Mungkin salah saya sebab bagi surat pada budak-budak.

Untuk program kedua, aktiviti sukaneka bergabung dengan 14 tadika lain. Saya mintak ibu bapa bawa anak mereka ke dewan.

Kali ini saya siap tunggu depan pintu pagar. Bagi surat depan ibu bapa. Terangkan satu persatu apa kena buat masa sukaneka. So, tak ada lah alasan tak dapat surat kee kan. Yang mana tak hadir ke sekolah, saya tangkap gambar surat tersebut wassap personal ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Tapi sebaliknya pulak yang jadi. Sorang-sorang ibu bapa wassap saya. Cikgu kenapa buat jauh sangat. Cikgu kenapa nak kena buat sukaneka. Belajar di sekolah jee tak boleh ke? Cikgu ambik anak saya bawa kan ya, saya ada anak kecil tak boleh hantar.

Masalahnya bukan saya yang buat keputusan tempat sukaneka. Tapi pihak atasan yang pilih tempat. Lagipun mana jauh sangat tempat tu. 10 minit je. Saya nie setiap hari 1 jam perjalanan ke tadika. Tak pulak merungut jauh pun.

Kali nie up sikit laa ibu bapa yang hadir ke sukaneka. 3 orang ibu bapa bersama 5 orang kanak-kanak. Tapi saya malu sangat dengan cikgu-cikgu yang lain sebab tadika dieorg Ibu bapa dengan anak murid mereka semua hadir ke sukaneka. Tapi tadika saya 5 orang jee. Kesian anak murid saya, kena lari banyak kali bila main sukaneka. Sebab nak genapkan setiap game 10 orang wakil kanak-kanak.

Kemuncaknya tadi punya program. Program keagamaan. Saya buat perkara yang sama. Saya tunggu seorang demi seorang ibu bapa. Saya bagi surat dan jelaskan kepada ibu bapa supaya bawa anak ke masjid. Sebab harinie sekolah tutup. Jadi datang ke masjid je..

Pukul 7.30, adalah beberapa wassap masuk. Cikgu kenapa tadika tutup? Cikgu kenapa tak bagi tahu ada program di masjid. Pening kepala saya bila fikirkan sikap ibu bapa tersebut.
Habis tu yang saya bagi surat untuk program di masjid diaorang telan kee surat saya? Ataupun tak baca? Peliknya.

Untuk program keagamaan bersama ibu bapa tadi. Anak murid saya yang datang 3 orang sahaja. Daripada 17 orang. Ibu bapa yang datang 2 orang. Sorang lagi tinggalkan anak pada saya sebab dia kata nak ke pasar beli ikan.

Saya betul-betul kecewa dengan sikap ibu bapa sekarang. Nak anak pandai, nak anak berjaya. Tapi tak pernah nak sokong program yang pihak sekolah buat. Akhir tahun hanya tahu nak complain je.

Cikgu kenapa anak saya tak pandai baca?
Cikgu jgn rotan anak saya.
Cikgu pastikan anak saya minum air.
Cikgu pastikan anak saya bukak stokin.

Ya, Allah… ibu bapa sekalian cikgu bukan hamba anak anda ya..Tolong la ibu bapa.. ubah sikap. Ubah sikap anda. Kesian kan kami ni cikgu-cikgu.

Takkan setiap kali program kami kena bagi duit pada ibu bapa. Baru ibu bapa nak datang.. Kalau la cikgu ini jutawan. Memang saya akan buat macam itu. Tapi kami hanya seorang cikgu yang lemah. Berniat untuk mendidik anak anda.

Doakan saya semoga terus bertahan dengan sikap ibu bapa di taman saya mengajar.


Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVNRAO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel 'Wahai Ibu Bapa Sekalian, Cikgu Bukan Hamba Kepada Anak Anda'

Sekianlah artikel 'Wahai Ibu Bapa Sekalian, Cikgu Bukan Hamba Kepada Anak Anda' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Wahai Ibu Bapa Sekalian, Cikgu Bukan Hamba Kepada Anak Anda' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/wahai-ibu-bapa-sekalian-cikgu-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Wahai Ibu Bapa Sekalian, Cikgu Bukan Hamba Kepada Anak Anda'"

Catat Ulasan

Loading...