Loading...

Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?

Loading...
Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?
link : Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?

Baca juga


Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?

Sukar menyaman syarikat khidmat teksi dalam talian Uber kerana adanya syarat pengecualian, kata seorang peguam korporat.

Dari segi kontrak, Uber tidak akan bertanggungjawab jika terjadi sesuatu yang buruk terhadap penumpangnya, kata peguam Edwin Lee. — Foto Reuters

“Dari segi kontrak, Uber tidak akan bertanggungjawab jika terjadi sesuatu yang buruk terhadap penumpangnya,” kata Edwin Lee kepada Malay Mail Online.

Beliau mengulas hasrat jurujual Wong Mei Yan yang mendakwa dirompak pemandu Uber pada 21 Mei lalu dan kemudian mengalami keguguran akibat tekanan.

Walau sebelum ini operator pengangkutan awam turut bertanggungjawab berhubung kegiatan kakitangannya, Lee berkata hubungan Uber dengan pemandunya tidak jelas.

Syarikat itu menyifatkan pemandunya sebagai “kontraktor bebas”, namun beberapa mahkamah di negara-negara lain memutuskan Uber sebagai majikan.

“Di Malaysia, kes ini belum ditentukan. Jadi, jika wanita ini membawa kes saman, ia akan memberi peluang mahkamah kita menetapkannya,” kata Lee lagi.

Semalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dilaporkan mengarahkan Uber menjelaskan proses pengambilan pekerja berhubung kes rompakan itu.

“Kami telah bertanya tentang cara pengambilan pemandu mereka tetapi mereka bangga berkata tapisannya ketat,” kata pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar.

Polis minggu lalu menahan pemandu tersebut, yang melarikan diri selepas menyamun Wong yang menggunakan khidmat teksi itu dari Bangsar ke Puchong.

Suspek yang berusia 22 tahun dilaporkan mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Bercakap kepada akhbar Malay Mail, Syed Hamid juga berkata SPAD tiada mekanisme untuk bertindak.

Beliau berkata proses undang-undang sukar diambil kerana Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 belum diluluskan.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sll6LG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?

Sekianlah artikel Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/walau-dirompak-wanita-susah-nak-saman_31.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Walau dirompak, wanita susah nak saman Uber?"

Catat Ulasan

Loading...