Loading...

Wang tunai RM800,000 dirampas di rumah Koperal polis - SPRM

Loading...
Wang tunai RM800,000 dirampas di rumah Koperal polis - SPRM - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wang tunai RM800,000 dirampas di rumah Koperal polis - SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wang tunai RM800,000 dirampas di rumah Koperal polis - SPRM
link : Wang tunai RM800,000 dirampas di rumah Koperal polis - SPRM

Baca juga


Wang tunai RM800,000 dirampas di rumah Koperal polis - SPRM

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas sejumlah wang tunai bernilai kira-kira RM800,000 di rumah seorang anggota polis yang ditahan membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.
 
Sumber SPRM memberitahu wang tunai berkenaan ditemukan di dalam stor di rumah anggota polis berpangkat koperal berkenaan di Kuarters Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ketika serbuan dilakukan pada jam 2.15 petang, semalam.
 
Difahamkan, suspek lelaki berusia 52 tahun itu berperanan mengutip serta mengumpulkan wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut yang terbabit.

Dipercayai ada lagi tangkapan susulan sekitar Melaka selepas ini.
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Operasi, SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Terdahulu, di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini anggota polis itu menjadi individu ke-10 direman bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.
 
Perintah reman tujuh hari bermula hari ini hingga 24 Mei ini dikeluarkan majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas membenarkan permohonan SPRM.
 
Suspek bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi Dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ditahan SPRM jam 2.15 petang semalam.
 
Suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (b) dan 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Dalam kes berasingan, seorang pegawai polis berpangkat inspektor, Zulhanan Abd Hamid, 35, yang bertugas di Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), IPD Subang Jaya, Selangor direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan bernilai RM5,000.
 
Dia ditahan SPRM di pejabatnya di IPD Subang Jaya pada pukul 1.10 petang semalam kerana didakwa menerima suapan sebagai balasan tidak memfailkan kes terhadap pengadu yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan di mahkamah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVd2Vz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Wang tunai RM800,000 dirampas di rumah Koperal polis - SPRM

Sekianlah artikel Wang tunai RM800,000 dirampas di rumah Koperal polis - SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wang tunai RM800,000 dirampas di rumah Koperal polis - SPRM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/wang-tunai-rm800000-dirampas-di-rumah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wang tunai RM800,000 dirampas di rumah Koperal polis - SPRM"

Catat Ulasan

Loading...