Loading...
Judul : Wanita Disamun, Diraba Ketika Berjoging
link : Wanita Disamun, Diraba Ketika Berjoging
Wanita Disamun, Diraba Ketika Berjoging
TINDAKAN nekad seorang wanita melawan penjenayah bersenjatakan pisau akhirnya memakan diri apabila cedera di tangan dan kaki kiri dalam kejadian Persiaran Light, Pulau Pinang, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa yang berusia 24 tahun disamun warga asing ketika sedang berjoging di kawasan tersebut.
Difahamkan, suspek bertindak menghalang mangsa dengan pisau dan meraba mangsa untuk mencari barang berharga.
Media tempatan melaporkan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa cuba melawan suspek namun gagal dan menyebabkan dia cedera di bahagian tangan dan kaki.
Menurutnya, mangsa ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.
“Mangsa kini dilaporkan stabil namun masih dirawat,” katanya.
Susulan kejadian itu, polis menyerbu sebuah rumah kongsi di kawasan berhampiran dan menahan seorang lelaki serta merampas sebilah pisau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun. – MYNEWSHUB.CC
Demikianlah Artikel Wanita Disamun, Diraba Ketika Berjoging
Sekianlah artikel Wanita Disamun, Diraba Ketika Berjoging kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita Disamun, Diraba Ketika Berjoging dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/wanita-disamun-diraba-ketika-berjoging.html
0 Response to "Wanita Disamun, Diraba Ketika Berjoging"
Catat Ulasan