Loading...

WSJ: CHINA SEKAT PELABURAN KE BANDAR MALAYSIA

Loading...
WSJ: CHINA SEKAT PELABURAN KE BANDAR MALAYSIA - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul WSJ: CHINA SEKAT PELABURAN KE BANDAR MALAYSIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : WSJ: CHINA SEKAT PELABURAN KE BANDAR MALAYSIA
link : WSJ: CHINA SEKAT PELABURAN KE BANDAR MALAYSIA

Baca juga


WSJ: CHINA SEKAT PELABURAN KE BANDAR MALAYSIA

Kerajaan China dikatakan enggan meluluskan perjanjian firma milik negara itu dengan Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang berpangkalan di Johor Iskandar Waterfront Holdings (IWH) untuk mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia, lapor Wall Street Journal.

Akhbar itu menyifatkan kegagalan perjanjian RM7.41 bilion berkenaan sebagai satu tamparan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang semasa perutusan Tahun Baru berkata “isu 1MDB yang saya janjikan pada rakyat tempoh enam bulan sudah pun nampak penyelesaian,”

WSJ melaporkan 1MDB masih belum mengemukakan penyata kewangan bagi tahun 2015 atau 2016, jadi keadaan kewangan semasanya adalah tidak jelas.

“Namun, kegagalan ushasama itu mungkin menambah tekanan kepada Najib, yang juga menteri kewangan, untuk mencari cara lain membayar hutang 1MDB,” kata laporan itu.

WSJ juga mendakwa melihat dokumen dalaman daripada kementerian kewangan Malaysia, yang kononnya menyatakan bahawa sebab utama kegagalan ushasama itu adalah bahawa kerajaan China enggan memberikan lampu hijau kepada China Railway Engineering Corporation (CERC) untuk membuat pelaburan.

Akhbar tersebut juga mendakwa bahawa “sumber yang rapat dengan perkara itu” telah mengesahkan perkara berkenaan.

“Dokumen Kementerian Kewangan mengatakan bahawa konsortium itu diberikan 12 lanjutan, dengan yang terakhir luput pada 30 April ..,” katanya.

WSJ berkata pejabat Perdana Menteri dan 1MDB tidak bertindak balas terhadap permintaan mereka untuk mendapatkan ulasan, manakala pejabat maklumat kerajaan China juga tidak menjawab.

Malaysiakini tidak dapat untuk mengesahkan kesahihan dakwaan dalam laporan ini.

Semalam, TRX City Sdn Bhd, yang dimiliki oleh kementerian kewangan, dalam satu kenyataan berkata bahawa perjanjian jualan saham (SSA) yang dimeterai pada 31 Dis 2015 dengan konsortium berkenaan telah luput.

“Ini adalah kerana, walaupun lanjutan diberikan, IWH-CREC gagal untuk membuat pembayaran yang digariskan dalam syarat di bawah SSA.

“Hasilnya, Perjanjian Jualan Saham antara pihak-pihak ini terbatal dan tidak sah berkuatkuasa serta merta,” kata kenyataan dari TRX sambil menambah kerajaan kini akan menangguhkan rancangan TRX City untuk menjual tanah berkenaan.
Perjanjian Bandar Malaysia sebelum ini disebut-sebut sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB bagi tujuan mengurangkan hutang firma pelaburan negara itu.

Tanah prima atau utama seluas 486 ekar di Sungai Besi, atau Bandar Malaysia, telah pun dipindahkan dan diletakkan di bawah kementerian kewangan.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p8q2l3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel WSJ: CHINA SEKAT PELABURAN KE BANDAR MALAYSIA

Sekianlah artikel WSJ: CHINA SEKAT PELABURAN KE BANDAR MALAYSIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel WSJ: CHINA SEKAT PELABURAN KE BANDAR MALAYSIA dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/wsj-china-sekat-pelaburan-ke-bandar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "WSJ: CHINA SEKAT PELABURAN KE BANDAR MALAYSIA"

Catat Ulasan

Loading...