Judul : 2 Lelaki Diikat Di Pokok Gara-Gara Curi Kelapa
link : 2 Lelaki Diikat Di Pokok Gara-Gara Curi Kelapa
2 Lelaki Diikat Di Pokok Gara-Gara Curi Kelapa
SITIAWAN – Gara-gara mencuri kelapa, dua lelaki menerima padah apabila orang kampung bertindak menangkap dan mengikat mereka pada sebatang pokok kelapa sebelum diserahkan kepada anggota polis di kawasan Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah, Kampung Tersusun Batu 7 Lekir, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, beberapa orang kampung berjaya mencekup kedua-dua individu itu yang tidak menyedari pergerakan mereka memanjat pokok kelapa setinggi lima meter diperhatikan seorang pemilik kedai runcit berhampiran sekolah berkenaan.
Bekas ketua kampung, Mohd Yaacob Hashim, 65, berkata sebaik menerima maklumat, beliau bersama 10 penduduk lain bergegas ke lokasi dan mendapati seorang daripada suspek sudah berada di dalam kereta Proton Wira manakala seorang lagi mahu ke kedai berhampiran.
“Di dalam kereta itu terdapat beberapa tandan buah kelapa dan saya tidak pasti buah itu diambil di kampung ini sendiri atau tempat lain.
“Mereka mengaku mengambil kelapa itu dan sebaik kami terus menangkap dan mengikat kedua-duanya pada pokok kelapa menggunakan tali yang mereka guna untuk menurunkan kelapa dari pokok,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mohd Yaacob berkata tujuan mengikat kedua-dua suspek masing-masing berumur belasan tahun dan awal 30-an adalah untuk memberi pengajaran kepada mereka.
“Kami ikat dua lelaki itu sementara menunggu polis tiba dan tidak memukul atau mencederakan mereka kerana mahu pihak polis yang mengambil tindakan.
“Siapa sangka di bulan mulia ini masih ada individu yang melakukan aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.
Mohd Yaacob berkata kedua-dua suspek bagaimanapun merayu untuk dilepaskan sambil mengaku ia pertama kali dilakukan, namun semuanya terlambat dan kejadian tersebut perlu dijadikan pengajaran kepada individu lain.
Kejadian tersebut turut menjadi tural di media sosial termasuk Facebook. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2szELYL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 2 Lelaki Diikat Di Pokok Gara-Gara Curi Kelapa
Anda sekarang membaca artikel 2 Lelaki Diikat Di Pokok Gara-Gara Curi Kelapa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/2-lelaki-diikat-di-pokok-gara-gara-curi.html
0 Response to "2 Lelaki Diikat Di Pokok Gara-Gara Curi Kelapa"
Catat Ulasan