Judul : 25,000 hadir rumah terbuka Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong
link : 25,000 hadir rumah terbuka Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong
25,000 hadir rumah terbuka Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong
Kira-kira 25,000 orang menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di perkarangan Istana Negara di sini hari ini.
25,000 hadir rumah terbuka Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong
Keadaan cuaca panas tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong asing daripada membanjiri kawasan perkarangan Istana Negara seawal 9.30 pagi, walaupun majlis bersalaman dengan baginda hanya bermula pada 12 tengah hari.
Pengunjung ke majlis rumah terbuka itu turut menerima biskut raya.
Seorang pelajar Jepun, Mizoi Harata, 23, berkata beliau hadir ke rumah terbuka ini atas ajakan rakan-rakannya.
“Ini tahun kedua saya di Malaysia sebagi pelajar. Saya dapati Malaysia adalah negara yang unik dengan pebagai bangsa dan bahasa. Saya akan merindui negara ini apabila saya kembai ke Jepun.
“Tahun lepas saya sambut Eid (Aidilfitri) di kampung rakan saya di Terengganu dan kali ini Istana Negara. Saya sukakannya,” kata penuntut institut pendidikan swasta itu.
Pelbagai juadah raya disediakan pada majlis rumah terbuka tersebut termasuk sate, cendol, nasi hujan panas, aneka kuih muih tradisional, laksam, mee, roti jala dan keropok lekor.
Pengunjung dari Sentul, M Ragunathan, 46, pula kelihatan teruja menghadiri rumah terbuka ini buat kali pertama.
Saya terbaca di akhbar mengenai jemputan ke rumah terbuka. Jadi saya buat keputusan untuk membawa keluarga saya. Ini pertama kali saya makan kuih tradisional orang Melayu,” selorohnya.
Sementara itu pelancong Arab Saudi, Yasser Ahmed, 35, yang melawat Malaysia buat kali ketiga berkata ini kali pertama beliau menghadiri rumah terbuka ini.
Lawatan saya sebelum ini bukan pada Eid. Ejen pengembara kami beri tahu mengenai rumah terbuka ini dan kami datang ke sini sekitar tengah hari dan sempat mengambil beberapa makanan Malaysia,” katanya.
Majlis rumah terbuka itu juga telah menarik minat Edward Tan, 48, dari Sarawak yang datang bersama-sama rakan-rakan.
Katanya adalah menjadi tradisi baginya setiap kali ada peluang akan berkunjung dan melihat sendiri sambutan Aidilfiri bersama Yang di- Pertuan Agong.
Inilah peluang untuk rakyat berkunjung ke Istana Negara, hanya sekali dalam setahun peluang ini datang. Seronok melihat mereka yang berbilang bangsa bersama-sama dalam satu majlis yang istimewa ini, katannya. — Bernama
Sumber: Malay Mail
Sumber 25,000 hadir rumah terbuka Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t5IRuY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 25,000 hadir rumah terbuka Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong
Anda sekarang membaca artikel 25,000 hadir rumah terbuka Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/25000-hadir-rumah-terbuka-aidilfitri.html
0 Response to "25,000 hadir rumah terbuka Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong"
Catat Ulasan