Loading...

4 Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pekerja Hotel

Loading...
4 Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pekerja Hotel - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 4 Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pekerja Hotel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 4 Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pekerja Hotel
link : 4 Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pekerja Hotel

Baca juga


4 Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pekerja Hotel

GEORGE TOWN – Empat termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang remaja lelaki dengan kedua-dua belah tangan dan kaki berikat dengan tali nilon di dalam sebuah rumah di flat Padang Tembak, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut ,Supt V. Saravanan berkata kesemua suspek berusia 15 hingga 30 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang sejak petang semalam hingga awal pagi tadi.

“Berdasarkan siasatan awal polis, mereka yang ditahan termasuk remaja lelaki yang sudah tidak bersekolah kerana dibuang (sekolah) itu dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan mayat M. Sathiwill, 20.

“Semua mereka kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat menurut Sekyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata wanita, yang tidak bekerja yang juga seorang janda itu, mempunyai tiga rekod lampau termasuk kes bunuh serta dikehendaki polis berkaitan kes pecah rumah serta curi manakala seorang lelaki yang ditahan turut mempunyai satu rekod jenayah.

Saravanan berkata wanita itu turut positif dadah manakala ujian air kencing tiga lagi termasuk dua lelaki yang bekerja sebagai bouncer dan pekerja kontrak tersebut negatif dadah.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian bunuh membabitkan pekerja hotel itu.

“Polis juga sedang mengesan dua lagi lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian itu dan dipercayai mereka masih berada di sekitar negeri ini,” katanya.

Mayat Sathiwill dijumpai tertiarap kira-kira 9.30 pagi semalam dalam sebuah bilik oleh seorang rakan penyewa wanita unit rumah yang sama.

Mangsa menyewa sebuah bilik di situ bersama abangnya dan ketika dijumpai, mayatnya dibalut dengan cadar, katanya.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa telah dipukul oleh lima lelaki di koridor tingkat 16 sebelum diheret masuk ke biliknya dan mangsa telah dicederakan dengan benda tumpul kerana mukanya didapati bengkak. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4MdLi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel 4 Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pekerja Hotel

Sekianlah artikel 4 Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pekerja Hotel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 4 Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pekerja Hotel dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/4-ditahan-bantu-siasatan-kes-bunuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "4 Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pekerja Hotel"

Catat Ulasan

Loading...