Loading...

5 Tips Diet Kekal Sihat Di Hari Raya

Loading...
5 Tips Diet Kekal Sihat Di Hari Raya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 5 Tips Diet Kekal Sihat Di Hari Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 5 Tips Diet Kekal Sihat Di Hari Raya
link : 5 Tips Diet Kekal Sihat Di Hari Raya

Baca juga


5 Tips Diet Kekal Sihat Di Hari Raya

AIDILFITRI menjelang setelah sebulan menahan lapar dan dahaga. Sepanjang bulan Ramadan, aktiviti fizikal yang dibuat mungkin kurang dan gaya hidup juga mengalami sedikit perubahan.

Oleh sebab itu, pada musim perayaan ini akan lebih cenderung ke arah memakan makanan yang mengandungi banyak lemak, gula dan kalori yang tinggi.

Seseorang mungkin mengambil makanan yang berkalori tinggi tanpa mereka sedara dan ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penambahan berat badan lebih kurang 2-3 kg semasa hari raya.

Kalori berlebihan bukan sehaja menyebabkan berat bertambah, ia juga boleh menyebabkan masalah yang lain seperti gastrik dan makanan sukar untuk dihadam.

Pengambilan kalori yang tinggi juga merupakan punca penyakit yang lebih teruk seperti kencing manis dan darah tinggi.

Kami kongsikan 5 tips berguna yang boleh membantu anda kekal sihat semasa Hari Raya ini…

1- Kebiasaannya, pelbagai jenis makanan akan dihidangkan semasa hari raya seperti rendang, ketupat dan 1001 jenis kuih raya. Anda dinasihatkan mengambil sedikit masa untuk melihat semua makanan yang terhidang sebelum membuat keputusan untuk memilih makanan yang anda inginkan.

Dengan cara ini, ia boleh membantu anda memilih jumlah makanan yang anda mahukan dengan terkawal dan tidak mengikut nafsu semata-mata.

2- Anda dinasihatkan supaya tidak lupa untuk meminum air kosong dengan kuantiti yang cukup dan mengambil makanan yang kaya dengan fiber. Ini untuk mengelakkan anda mengalami masalah sembelit semasa hari raya.

Orang lain bergembira di hari raya, anda pula terpaksa ‘berkampung’ di dalam tanda kerana sakit perut..

3- Hidangan hari raya kebanyakannya terdiri dari makanan yang manis, berlemak dan ada juga yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Oleh itu anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan seperti ini.

Air bikarbonat juga hendaklah dikurangkan kerana mengandungi gula yang sangat tinggi. Bukan langsung tidak boleh dinikmati, tetapi lebih baik jika dikurangkan kuantitinya.

4- Mengambil beberapa biji kurma sebelum sembahyang raya adalah sangat digalakkan. Anda juga dicadangkan untuk mengambil makanan seperti roti gandum penuh, susu rendah lemak dan buah-buahan sebagai sarapan ringan sebelum anda menjamah ketupat dan rendang.

Ini bertujuan untuk mengalas perut anda dan anda tidak akan memakan hidangan tersebut dengan kuantiti yang banyak.

5- Untuk makan tengahari dan makan malam, pasti kebanyakan dari kita yang mungkin sudah terlalu kenyang dengan ketupat dan lemang serta hidangan hari raya yang lain.

Namun, sekiranya anda berjaya mengawal pemakanan anda pada hari tersebut, anda bolehlah menambah pengambilan sayur-sayuran, dan buah-buahan segar. Sayur-sayuran dan buah-buahan ini sangat penting untuk membantu penghadaman makanan yang anda ambil sepanjang hari tersebut.

Selamat mencuba dan selamat hari raya! – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sOTeB6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel 5 Tips Diet Kekal Sihat Di Hari Raya

Sekianlah artikel 5 Tips Diet Kekal Sihat Di Hari Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 5 Tips Diet Kekal Sihat Di Hari Raya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/5-tips-diet-kekal-sihat-di-hari-raya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "5 Tips Diet Kekal Sihat Di Hari Raya"

Catat Ulasan

Loading...