Judul : 72 Hari Selepas Pemergian Mama
link : 72 Hari Selepas Pemergian Mama
72 Hari Selepas Pemergian Mama
Assalammualaikum
Terima Kasih pada Admin kerana sudi menyiarkan kisah sy dan Terima Kasih juga pada pembaca yg sudi Click pada tajuk yg diberikan.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Sebelum itu sy ingin memperkenalkan diri. Sy Lola (bukan nama sebenar) berumur 30tahun, anak ke-3 dan masih belum berkahwin. Tujuan sy menulis confession ini adalah sekadar berkongsi perasaan dan luahan hati seorang anak yg telah kehilangan mama tercinta pada 16/04/2017 Ahad 8:40malam di hospital.
Hari ini genap 72 hari pemergian Mama sy. Semoga Allah mengampuni dan merahmati Mama. Amin.
Papa sy sudah lama pergi meninggalkan kami 6beradik pada tahun 2007. 10tahun selepas itu, Mama sy pula menyusuri. Jadilah kami anak yatim piatu.
Sepanjang ketiadaan Mama, kami adik beradik meneruskan kehidupan macam biasa. Tiada apa yg berubah. Sy mempunyai abang sulung berumur 35, kakak berumur 32, adik ketiga perempuan berumur 27, adik keempat perempuan berumur 26, bongsu lelaki berumur 25.
Kalau dilihat dari luaran sy, orang akan nampak sy kuat, bergelak sana sini, ceria hidup, tabah dan sentiasa positif. Tetapi dalaman sy sangatlah teruk. Sy cuba untuk kuat. Setiap saat sy teringatkan Mama sy. Setiap kali solat, doa untuk ibu bapa dan doa untuk diberikan kekuatan iman dan diri selalu terukir di bibir sy.
Setelah beberapa hari pemergian Mama, sy sedar mengapa Allah menjemput Mama menjadi tetamu disisi-Nya. Allah tidak mahu Mama menanggung kesakitan. Mama sy meninggal kerana Kanser Paru-paru Tahap 4. Selama 3bulan sebelum pemergian Mama, kami adik beradik tak pernah leka menjaga dan melayani Mama. Alhamdulillah, Allah menjemput Mama didalam keadaan Mama sedang tidur. Sy ada disebelah Mama waktu itu, di hospital, berdua kerana adik beradik yg lain dalam perjalanan pulang ke rumah selepas seharian menjaga Mama. Itulah pesanan Mama yg terakhir pada kakak sy. Mama inginkan sy yg menjaga beliau pada malam itu.
Allahu Akhbar, sepanjang proses menguruskan Mama dari hospital, dimandikan, disembahyangkan dan sampai ke liang lahad, segalanya mudah bagi kami. Kami adik-beradik perempuan bersama sahabat baik Mama, cucu dan menantu Mama yang menguruskan mandi jenazah. Sy ingat lagi di masjid sebelum bertolak ke kubur, waktu kain kapan dibuka dibahagian muka, Mama tersenyum manis, raut wajah Mama bersih dan bersinar. Seperti Mama sedang lena tidur dibuai mimpi yang indah. Allahu.
Esok hari raya tapi kami adik-beradik tiada nafsu untuk merayakan hari tersebut. Cukup sekadar tidur dan melakukan aktiviti harian. Lagipun sy tidak ada kampung. Sy orang Kuala Lumpur.
Suka sy berpesan pada semua, pada mereka yg masih mempunyai ibu dan bapa, berbaktilah pada mereka, gembirakan hati mereka dan tunaikanlah apa sahaja hajat dan impian ibu bapa kita. Kerana syurga kita terletak pada mereka. Doa daripada mereka ibu dan bapa kitalah yg akan membantu kita nanti didunia mahupun diakhirat. Bukan wang yg diharapkan oleh ibu bapa tapi kasih sayang seorang anak itu yang mereka inginkan. Kita takkan jatuh miskin kalau berbuat baik pada ibu bapa, malah Allah akan mengangkat darjat seorang anak itu lebih mulia disisi-Nya.
Maaf sekiranya penulisan sy ini agak bosan. Tolong doakan untuk arwah Mama dan Papa sy.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Liza Octivia Binti Zulkifly
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t8Lih7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 72 Hari Selepas Pemergian Mama
Anda sekarang membaca artikel 72 Hari Selepas Pemergian Mama dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/72-hari-selepas-pemergian-mama.html
0 Response to "72 Hari Selepas Pemergian Mama"
Catat Ulasan