KEPALA BATAS – Lapan individu termasuk seorang wanita ditahan dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di Kampung Lembah di sini, selepas didapati positif dadah.
Dalam operasi yang bermula pukul 8 malam hingga 4 pagi tadi, penguat kuasa AADK menjalankan pemeriksaan di beberapa lokasi yang dikenal pasti sarang penagih dadah di kawasan berkenaan sebelum menahan lapan individu terbabit yang berusia antara 20 dan 60 tahun.
Ketua Penguatkuasa AADK Pulau Pinang Nasruddin Abdul Rahman berkata pihaknya turut merampas dua peket heroin daripada seorang yang ditahan.
“Semasa operasi itu ada beberapa orang yang cuba melarikan diri menggunakan laluan semak di belakang rumah yang menjadi tempat mereka menghisap dadah, namun tindakan pantas penguat kuasa AADK berjaya menahan mereka,” katanya di sini hari ini.
Katanya kesemua mereka dibawa ke pejabat AADK Seberang Perai Utara untuk didokumentasi dan siasatan lanjut. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6MTUl
Demikianlah Artikel 8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Positif Dadah
Sekianlah artikel 8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Positif Dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Positif Dadah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/8-termasuk-seorang-wanita-ditahan.html
0 Response to "8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Positif Dadah"
Catat Ulasan