Loading...
Judul : 80 Polis Cedera Bertempur Penunjuk Perasaan
link : 80 Polis Cedera Bertempur Penunjuk Perasaan
80 Polis Cedera Bertempur Penunjuk Perasaan
RABAT: Sekurang-kurangnya 80 pegawai polis cedera dalam pertempuran selama dua hari dengan penunjuk perasaan di Rif, Maghribi.
"Kira-kira 50 anggota pasukan keselamatan cedera dalam insiden di Al-Hoceima, kebanyakannya akibat dilontar batu," kata pengawai kanan Kementerian Dalam Negeri.
Menurut sumber, pada Selasa lalu, 29 anggota polis tercedera dalam pertempuran di Imzouren.
Bagaimanapun, semuanya telah mendapat rawatan dan dibenarkan keluar daripada hospital.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah penunjuk perasaan yang cedera dalam kejadian itu.
Sementara itu, rakaman video yang dikongsi di laman sosial menunjukkan polis menggunakan belantan untuk menyuraikan penunjuk perasaan, menyebabkan ada di antara mereka pengsan dan terbaring di atas tanah.
Menurut polis, tindakan itu diambil selepas beberapa kumpulan melakukan provokasi dengan melontar batu ke arah anggota polis.
Jurucakap Persatuan Hak Asasi Manusia Maghribi (AMDH), Khadija Ryadi, berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, kira-kira 150 penunjuk perasaan ditahan ketika keganasan berlaku.
"Seramai 40 penunjuk perasaan masih ditahan dan kebanyakannya adalah penduduk sekitar yang datang menyertai demonstrasi," katanya. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4ppv8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 80 Polis Cedera Bertempur Penunjuk Perasaan
Sekianlah artikel 80 Polis Cedera Bertempur Penunjuk Perasaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 80 Polis Cedera Bertempur Penunjuk Perasaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/80-polis-cedera-bertempur-penunjuk.html
0 Response to "80 Polis Cedera Bertempur Penunjuk Perasaan"
Catat Ulasan