Judul : 9 Pesanan Relevan Sepanjang Zaman Ini Harus Sentiasa Tersemat Dalam Diri Setiap Insan
link : 9 Pesanan Relevan Sepanjang Zaman Ini Harus Sentiasa Tersemat Dalam Diri Setiap Insan
9 Pesanan Relevan Sepanjang Zaman Ini Harus Sentiasa Tersemat Dalam Diri Setiap Insan
Pada kita, jika seseorang itu memberi teguran, ia seakan ingin memalukan, atau membuktikan yang dirinya lebih baik dari kita, walhal prasangka sebegitu adalah jauh sekali.
Menerusi perkongsian dari saudara Ammar Kamilin ini, yang mana telah menerima teguran, atau pesanan dari ustaznya , dia telah kongsikan akan Sembilan pesanan yang boleh kita jadikan iktibar, dalam menjadikan kehidupan lebih baik.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Setiap kali tiba Ramadan, saya wajibkan diri untuk hadir ke rumah Ustaz di Kampung Bahagia, Bangi. Tujuannya untuk merapatkan silaturrahim melalui Iftar Jamaie (berbuka puasa beramai-ramai).
Selepas tamat sekolah hampir 20 tahun lepas, program bersama murabbi inilah yang setiap tahun menyatukan kami kembali.
Menjadi kelaziman, setiap kali berkumpul, ustaz akan tinggalkan pesanan buat bekal kami hingga Ramadan seterusnya.
Yang menyebabkan saya sayang untuk ‘ponteng’ perjumpaan ini ialah, pesanan ustaz sering menjadi ‘pencair’ hati yang beku dan setiap butir kata ibarat mutiara yang berharga sepanjang zaman.
Dalam perjumpaan baru-baru ini, Ustaz berpesan 9 perkara kepada kami,
1. Kematian tidak dapat diduga
Yang sakit, masih ada.
Yang tua, masih ada.
Tiba-tiba yang sihat sudah tidak ada.
Itu menunjukkan mati bukan milik kita. Milik Allah dan datang tanpa syarat. Sampai masa, tanpa amaran, tanpa tanda, kita akan kembali pada-Nya. Kita hidup bukan untuk terus hidup. Kita hidup untuk mati. Mati kerana Allah.
2. Lakukan apa sahaja sebaik mungkin
Ada orang suka bertangguh untuk melakukan banyak perkara. Akhirnya, dia pergi tanpa sempat selesaikannya.
Orang akan bercerita, dia ni semasa hayat cita-cita nak buat macam-macam, tapi itulah, tak sempat buat, dah diambil nyawa.
Apabila kita fikir setiap urusan dengan mindset ‘ini tugas aku yang terakhir’, kita pasti melakukannya segera tanpa tangguh dan berhabis-habisan.
3. Berdakwah tanpa dengan ikhlas
Nada tegas dalam gurau.
Dalam dakwah agama, tidak seharusnya menetapkan bayaran. Orang beri, kita ambil. Semoga kita tergolong orang bertaqwa.
4. Tidak memperlekeh ulama terdahulu
Beginilah, anggap saja perkara ini seperti orang tua kita di kampung yang hanya tinggalkan rumah buruk dan sebidang tanah selepas pemergian mereka.
Jika kita tak puas hati dengan rumah buruk itu, perbaiki saja senyap-senyap. Tidak perlu menghina atau salahkan mereka untuk apa yang mereka tinggalkan. Kita tidak tahu apa yang mereka lalui untuk tinggalkan rumah buruk itu pada kita.
Begitu juga dengan ilmu. Jika ada yang kita boleh tambah baik, kita perbaiki saja. Mereka sudah selesaikan tugas pada zaman mereka. Sekalipun ada kelemahan, tidak perlu mengutuk ulama dan pejuang dulu.
Itu tidak menjadikan kita nampak mulia. Zaman mendatang, mungkin kita pula akan terhina.
5. Berdamping dengan al-Quran
Al-Quran perlu difahami, dikupas dan digunakan untuk menyelesaikan isu-isu semasa. Infaqkan diri dan masa untuk mengkaji Al-Quran, sudah pasti ada solusi untuk semua masalah hidup yang berlaku zaman ini.
Ada antara ucapan dan tulisan kadangkala menunjukkan ketidakmatangan kita. Sebaiknya, perkara yang tidak kita ketahui, bertanyalah.
Imam Malik, pernah ditanya dengan 40 soalan. Dalam kesemua soalan itu, dia hanya menjawab 4 daripada 40 soalan. 36 soalan lainnya dijawab dengan “La Adri” Aku tidak tahu.
7. Memperbanyakkan ilmu
Zaman ini, ada orang mahu tunjuk pandai. Perkara bukan ahli, bukan bidang, tetapi sibuk juga mahu bercakap. Segalanya serba tahu.
Ustaz tekankan, bercakap dan menulis biar berlapik ilmu. Bukan serbu melulu.
8. Perlu ada pendirian tegas
Penjual kopi di warung mengikut kehendak pelanggan. Orang mahu manis, kita bancuh manis. Orang mahu kurang manis, kita kurangkan gula. Orang mahu pekat, kita bubuh lebih serbuk. Hanya mengikut saja.
Jadi seperti seorang doktor. Mereka tidak memberi ubat mengikut citarasa pesakit. Ubat diberi mengikut jenis sakit dan kadar kesakitan.
Begitu juga pendakwah. Kita bercakap berlandaskan ilmu, perlu ada pendirian tegas. Bukan memuaskan hati ramai orang dan mahu dilihat popular.
9. Dahulukan redha Allah
‘Inni Akha Fullah,
Inni Akha Fullah,
Inni Akha Fullah –
Sesungguhnya, aku takut pada Allah’.
Sebagai muslim, kita ada Allah. Itu beza orang beriman dan orang ingkar.
Dahulukan redha Allah daripada restu manusia.
- Siakap Keli
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sZQ900
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 9 Pesanan Relevan Sepanjang Zaman Ini Harus Sentiasa Tersemat Dalam Diri Setiap Insan
Anda sekarang membaca artikel 9 Pesanan Relevan Sepanjang Zaman Ini Harus Sentiasa Tersemat Dalam Diri Setiap Insan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/9-pesanan-relevan-sepanjang-zaman-ini.html
0 Response to "9 Pesanan Relevan Sepanjang Zaman Ini Harus Sentiasa Tersemat Dalam Diri Setiap Insan"
Catat Ulasan