Loading...
Judul : Adik Ipar TPM Meninggal Dunia
link : Adik Ipar TPM Meninggal Dunia
Adik Ipar TPM Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR: Adik ipar kepadaTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Wangsa Maju di sini pada pukul 10.59 pagi tadi.
Kamarulzaman Khamis, 59, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, dipindahkan ke hospital itu dari Hospital Kem Terendak, Melaka setelah mengadu sakit pada pukul3 pagi semalam.
Sementara itu adik Ahmad Zahid, Datuk Mohd Lokman Hamidi, 54, berkata jenazah telah disembahyangkan di surau HAT Tuanku Mizan dan dibawapulang ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Durian Daun selepas waktu Zohor.
Allahyarham merupakan adik ketiga Datin Seri Hamidah Khamis iaitu isteri kepada Ahmad Zahid, kata adik keempat timbalan perdana menteri itu ketika dihubungi Bernama di sini.
Allahyarham Kamarulzaman yang berasal dari Melaka meninggalkan isteri dan sepasang anak lelaki dan perempuan.
Sementara itu, AhmadZahid hari ini memaklumkan mengenai perkara itu menerusi laman facebook rasminya.
"Dengan dukacitanya, saya ingin memaklumkan bahawa adinda ipar saya Kamarulzaman Khamis telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi jam 10.59 pagi di HAT Tuanku Mizan.
"Al-Fatihah...semoga arwah ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh," katanya. -Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ts7276
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Adik Ipar TPM Meninggal Dunia
Sekianlah artikel Adik Ipar TPM Meninggal Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Adik Ipar TPM Meninggal Dunia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/adik-ipar-tpm-meninggal-dunia.html
0 Response to "Adik Ipar TPM Meninggal Dunia"
Catat Ulasan