Loading...

Anak buat Harris teruja

Loading...
Anak buat Harris teruja - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak buat Harris teruja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak buat Harris teruja
link : Anak buat Harris teruja

Baca juga


Anak buat Harris teruja

Keseronokan menyambut cahaya mata pertama membuatkan penyanyi, Harris Baba begitu teruja menyambut Aidilfitri tahun ini.

Beraya di kampung isteri di Keningau, Sabah, baru-baru ini, pemilik nama penuh Khawaja Mohammad Harris Baba ini mengakui segala keperluan lebih kepada anaknya, Aleena Ziya yang kini berusia 3 bulan.

Malah, Harris turut mengambil cuti selama dua minggu sempena Aidilfitri lalu sebelum kembali ke ibu kota bagi menyiapkan video muzik single keduanya berjudul Parah.

Baginya, seluruh kehidupannya kini lebih kepada isteri dan anak. Walaupun terpaksa berulang-alik Sabah dan Kuala Lumpur, itu bukan masalah buat Harris.

“Saya memang merancang membawa isteri berpindah ke Kuala Lumpur, tetapi anak masih kecil dan sedang menyusu badan jadi biarlah mereka di Sabah dulu.

“Walaupun penat tetapi saya bahagia kerana jadual di Kuala Lumpur tidaklah terlalu padat dan saya boleh pulang ke Sabah apabila selesai kerja,” katanya.

Jika tahun lalu dia menyambut Aidilfitri berdua, tahun ini mereka meraikannya bertiga, namun Harris tidak mahu memaksa isteri untuk terlalu jauh berjalan kerana faham keadaan si kecil.

Ia juga tahun kedua Harris meraikan Aidilfitri di Sabah bersama keluarga isterinya.

“Kata orang beraya dengan anak ini pasti lebih seronok tetapi kami tidak akan paksa diri untuk berjalan seharian ke rumah saudara mara bimbang isteri dan anak penat nanti.

“Walaupun saya tahu apabila ada anak bolehlah kumpul duit raya untuknya, tetapi saya pun kena beri duit raya juga kepada anak-anak saudara,” katanya.

Berkongsi pengalaman selepas bergelar bapa, Harris akui tidak kekok menguruskan si kecil malah dia rasa sangat teruja dan bahagia.

“Alhamdulillah saya sangat gembira dengan apa yang dilakukan. Sejak Aleena lahir lagi saya sudah beranikan diri memandi dan menyiapkannya.

“Rasa lelah hilang setiap kali pulang melihat wajah si kecil. Teruja hendak pulang cepat ke Sabah juga kerana tidak sabar hendak bermain dengan si kecil,” katanya.

The post Anak buat Harris teruja appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2spZJxs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Anak buat Harris teruja

Sekianlah artikel Anak buat Harris teruja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak buat Harris teruja dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/anak-buat-harris-teruja.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anak buat Harris teruja"

Catat Ulasan

Loading...