Judul : Anjing Laut Bertarung Melawan Gurita Berjaya Dirakam, Siapa Menang?
link : Anjing Laut Bertarung Melawan Gurita Berjaya Dirakam, Siapa Menang?
Anjing Laut Bertarung Melawan Gurita Berjaya Dirakam, Siapa Menang?
Pelancong bernama Connor Stapley itu merakam peristiwa yang jarang berlaku itu dengan menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang mendayung kayak di Kaikoura, New Zealand, Selasa (20/6/2017) pukul 14.00 waktu setempat.
Lelaki 28 tahun itu sedang mengetuai sebuah kumpulan yang terdiri dari tiga kayak saat dia menyaksikan kedua-dua haiwan itu bertarung di depannya.
Tanpa fikir panjang Connor terus merakam pertarungan antara anjing laut yang seberat kira-kira 120 kilogram itu dengan seekor sotong.
Dalam rakaman itu kelihatan anjing laut tersebut mencampakkan si sotong ke udara yang kemudian jatuh lagi ke air sebelum cuba melarikan diri.
Namun, selepas 20 minit pertarungan, si sotong kelihatan mula menyerah. Selanjutnya, si anjing laut memakan sotong itu dengan memutuskan kaki haiwan itu satu persatu.
"Sangat jarang melihat peristiwa seperti ini dan lebih jarang lagi di siang hari. Biasanya anjing laut New Zealand sering kelihatan di malam hari," kata Connor yang bekerja untuk Kaikoura Kayaks.
"Saya melihat sekumpulan burung laut tidak jauh dari lokasi saya, hal itu biasanya menunjukkan ada sesuatu sedang terjadi dan memsng benar ada pertarungan di sana," tambah Connor.
"Gurita itu sama sekali tidak memiliki peluang untuk melarikan diri. Anjing laut sangat gemar memakan sotong, biasanya mereka makan 7 kilogram sotong sehari," tambah Connor.
Anjing laut berbulu New Zealand mampu menahan nafas selama 11 minit ketika menyelam di laut.
Sotong adalah makanan kesukaan anjing laut. Jika mereka berjaya
melarikan diri, sotong boleh menumbuhkan kembali tentakelnya yang putus.✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tERESF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Anjing Laut Bertarung Melawan Gurita Berjaya Dirakam, Siapa Menang?
Anda sekarang membaca artikel Anjing Laut Bertarung Melawan Gurita Berjaya Dirakam, Siapa Menang? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/anjing-laut-bertarung-melawan-gurita.html
0 Response to "Anjing Laut Bertarung Melawan Gurita Berjaya Dirakam, Siapa Menang?"
Catat Ulasan