Judul : Anwar, kembalilah kepada UMNO
link : Anwar, kembalilah kepada UMNO
Anwar, kembalilah kepada UMNO
Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan supaya kembali kepada UMNO demi perpaduan orang Melayu yang akan membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.
Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Tan Sri S. Nallakaruppan berkata, dahulu Anwar dikeluarkan daripada UMNO oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Presiden parti dan sekarang dengan ketiadaan bekas Perdana Menteri itu dalam UMNO, maka ini adalah waktu yang tepat untuk Anwar kembali.
Menurutnya, jika Anwar ‘terikat’ dengan parti yang disertainya sekarang, masih tidak salah untuk beliau bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
“Ini nasihat untuk kawan lama saya (Anwar). Saya lihat Melayu kini berpecah. Lupakan mengenai masa lalu. Melayu akan menerima manfaat daripada kerjasama ini.
“Saya hanya memikirkan mengenai perpaduan dalam masyarakat Melayu dan bukannya berkaitan pilihan raya. Apabila mereka bersatu ini akan memberi kebaikan kepada semua.
“Ini hanya pandangan saya sahaja. Saya tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk melakukan kerjasama itu, namun saya sanggup menjadi orang tengah antara Anwar dan UMNO bagi memastikan kerjasama ini menjadi nyata,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nallakaruppan berharap agar kedua-dua pihak iaitu UMNO dan Anwar dapat mengambil kira cadangan beliau itu dengan sebaik-baiknya supaya ia dapat direalisasikan secepat mungkin.
Beliau percaya tiada masalah untuk Anwar kembali bekerjasama dengan UMNO dan BN kerana beliau dahulu pernah menjadi pemimpin dalam parti itu.
Bagi pihak pemimpin UMNO pula katanya, mereka perlu mengambil kira cadangan itu untuk penyatuan Melayu kerana jika Melayu bersatu tiada siapa yang dapat menggoyahkan negara.
“Bila Anwar kembali, beliau boleh melakukan sesuatu yang baik kepada rakyat dan UMNO. Saya tidak mahu mereka (Melayu) berpecah,” katanya
Menurutnya, Anwar baru-baru ini memberitahu bahawa beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan diketuai DAP memenangi pilihanraya umum, justeru adakah Penasihat PKR itu sanggup bekerjasama dengan Dr. Mahathir yang jelas mahukan jawatan itu.
Kata Nallakaruppan, Anwar sepatutnya tahu sikap Dr. Mahathir dan jika beliau seorang yang bijak Anwar tidak sepatutnya bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri itu terutama selepas apa yang dilakukan terhadapnya dahulu.
“Orang hanya melihat pada satu sudut sahaja (cadangan ini) iaitu pembangkang bekerjasama dengan kerajaan, tetapi saya berfikiran lain. Melayu adalah majoriti dalam negara dan perlu bersatu. Jika mereka berminat mereka boleh beritahu dan saya sanggup membantu,” ujarnya lagi.
Sumber: Utusan Online
Sumber Anwar, kembalilah kepada UMNO
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tNhe7g
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Anwar, kembalilah kepada UMNO
Anda sekarang membaca artikel Anwar, kembalilah kepada UMNO dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/anwar-kembalilah-kepada-umno_85.html
0 Response to "Anwar, kembalilah kepada UMNO"
Catat Ulasan