Loading...
Judul : Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga?
link : Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga?
Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga?
MALAYSIAKINIBeliau berkata demikian berikutan pengambilalihan kepentingan dalam Proton Holdings Bhd oleh Geely Automobile Holdings Ltd seperti diumumkan baru-baru ini.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata adalah lebih baik memiliki kepentingan yang lebih kecil dalam Proton berbanding memiliki pegangan 100 peratus tetapi mengalami kerugian ratusan juta.
Lim berkata meskipun pendapat perdana menteri itu dilihat munasabah, pendekatan itu juga mesti digunapakai terhadap GLC lain.
"Adalah sukar dibayangkan apabila banyak GLC kita mengalami kerugian besar setiap tahun walaupun 'dilindungi' oleh kerajaan kita dan beberapa GLC juga menikmati monopoli pasaran.
"Bukan sahaja Proton tetapi hampir semua syarikat-syarikat pengangkutan milik negara lain mengalami kerugian, dari Keretapi Tanah Malayu Bhd, Prasarana Sdn Bhd hingga ke Malaysia Airlines Bhd.
"Bukankah Najib juga perlu mencari 'kesatria' yang mampu memulihkan syarikat-syarikat yang gagal ini? Contoh lain GLC yang mengalami kerugian dengan monopoli pasaran adalah Halal Industri Development Corp Sdn Bhd, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Mimos Bhd dan Sirim Bhd.
"Mungkin sudah tiba masanya bagi Najib untuk menimbang semula keistimewaan monopoli yang diberikan kepada syarikat-syarikat ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 24 Mei, Geely diumumkan akan membeli pegangan 49.9 peratus dalam Proton daripada firma DRB-Hicom Bhd.
Demikianlah Artikel Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga?
Sekianlah artikel Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/apakah-pm-akan-pulihkan-glc-lain-juga.html
0 Response to "Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga?"
Catat Ulasan