Judul : APMM Perlu Kapal Induk Di Perairan Negara
link : APMM Perlu Kapal Induk Di Perairan Negara
APMM Perlu Kapal Induk Di Perairan Negara
PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memerlukan dua kapal induk untuk memantapkan kawalan keselamatan serta pengoperasian di kawasan perairan negara khusus untuk mengekang pencerobohan bot-bot nelayan asing serta penyeludupan.
Ketua Pengarah APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar berkata kapal tersebut itu akan berfungsi sebagai kapal induk yang akan membawa lebih banyak bekalan makanan serta minyak untuk tujuan operasi.
Beliau berkata pihaknya bercadang untuk meletakkan kapal induk itu di kawasan perairan Beting Patinggi Ali i Laut China Selatan serta di perairan Pantai Timur.
“Kapal induk ini merupakan kapal besar yang juga boleh membuat tugas penguatkuasaan, cumanya kapal ini akan berada di kawasan perairan negara lebih lama.
“Oleh itu, kapal-kapal kecil yang membuat tugas meronda akan dapat mengambil bekalan makanan atau minyak di kapal induk itu tanpa perlu pulang ke pangkalan, ia akan menjimatkan masa dan kos,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata APMM mempunyai kira-kira 250 buah bot yang ditugaskan membuat rondaan dan pemantauan di perairan negara.
Sementara itu, Zulkifli berkata pihaknya berharap dapat menambah baik infrastuktur yang dimiliki APMM dalam melancarkan dan memudahkan operasi yang dijalankan.
“APMM memerlukan lokap yang lebih besar kerana dalam satu-satu operasi misalnya tangkapan nelayan asing dan pendatang asing tanpa izin melibatkan individu yang ramai,” katanya.
Zulkifli berkata pihaknya turut berkerjasama dengan pelbagai agensi dari dalam dan luar negara bagi memantapkan penguatkuasaan dengan cekap dan berkesan terutama melalui maklumat risikan.
“Selain itu, pendekatan memperagakan aset-aset menerusi rondaan dan pemantauan di kawasan panas terus dilakukan untuk menyekat pelakuan jenayah di samping mempercepatkan masa respons apabila menerima laporan kejadian jenayah maritim,” katanya.
Dalam pada itu, Zulkifli, yang dilantik ke jawatan itu pada Jun lepas, berharap dapat memacu APMM sebagai sebuah agensi maritim yang disegani di peringkat antarabangsa.
“Saya mengharapkan kerjasama dari semua agensi laut untuk bersama-sama berganding bahu demi kesejahteraan dan keselamatan negara,” katanya.
Zulkifili, 57, memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Undang-undang Antarabangsa dari Institut Undang-undang Maritim Antarabangsa, Universiti Malta dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Teknologi Malaysia. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssuPzD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel APMM Perlu Kapal Induk Di Perairan Negara
Anda sekarang membaca artikel APMM Perlu Kapal Induk Di Perairan Negara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/apmm-perlu-kapal-induk-di-perairan.html
0 Response to "APMM Perlu Kapal Induk Di Perairan Negara"
Catat Ulasan