Loading...

Arwah sempat bergurau khutbah solat Aidilfitri tahun ini yang terakhir

Loading...
Arwah sempat bergurau khutbah solat Aidilfitri tahun ini yang terakhir - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Arwah sempat bergurau khutbah solat Aidilfitri tahun ini yang terakhir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Arwah sempat bergurau khutbah solat Aidilfitri tahun ini yang terakhir
link : Arwah sempat bergurau khutbah solat Aidilfitri tahun ini yang terakhir

Baca juga


Arwah sempat bergurau khutbah solat Aidilfitri tahun ini yang terakhir

Baling: “Arwah sempat bergurau khutbah solat Aidilfitri tahun ini yang terakhir. Tahun depan orang lain membacanya pula.” Begitu kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bongor Baru Noorazmi Ramli, 43, ketika menceritakan kesedihan berikutan kehilangan imam muda kampung itu Muhammad Amin Abdul Wahab, 22, yang maut akibat terbabit dalam kemalangan di Jalan Baling-Weng berdekatan Kampung Jenalik Bawah Gunung, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa dari Kampung Banggol Derum, Bongor maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Noorazmi berkata, dia dan ahli kariah Surau An-Nur amat terasa kehilangan arwah yang dianggap idola golongan muda di kampung itu.

“Sejak minggu ini arwah tiba-tiba menjadi pendiam. Tak sangka gurauannya mengenai khutbah (Aidilfitri) terakhir itu petanda dia pergi untuk selamanya.

“Sebelum ini dia (arwah) mengimarahkan surau dan disukai pemuda dan penduduk kampung kerana sifatnya yang baik,” katanya.

Katanya, arwah juga mengimamkan solat sunat Tarawih serta membaca khutbah solat sunat Aidilfitri di surau itu sejak tiga tahun lalu.

“Arwah mempunyai akhlak yang tinggi dan mengajak anak muda mengimarahkan surau setiap masa, malah setiap kali balik bercuti arwah selalu memberi tazkirah kepada anak kariah selepas solat Maghrib,” katanya.

Katanya, arwah anak bongsu daripada dua beradik belajar di tahun tiga dalam jurusan Syariah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), sekali gus menjadi harapan keluarganya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, dalam kejadian itu mangsa dipercayai menunggang motosikal Honda Wave untuk ke pekan Baling.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan menyebabkannya terjatuh sebelum kenderaan dari arah bertentangan merempuhnya.

“Mangsa parah di muka dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan punca kemalangan dilakukan.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

Sumber :
– www.suara.tv



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s8GNiB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Arwah sempat bergurau khutbah solat Aidilfitri tahun ini yang terakhir

Sekianlah artikel Arwah sempat bergurau khutbah solat Aidilfitri tahun ini yang terakhir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Arwah sempat bergurau khutbah solat Aidilfitri tahun ini yang terakhir dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/arwah-sempat-bergurau-khutbah-solat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Arwah sempat bergurau khutbah solat Aidilfitri tahun ini yang terakhir"

Catat Ulasan

Loading...