Judul : Azizul Ammar Didakwa Hina Watson Nyambek
link : Azizul Ammar Didakwa Hina Watson Nyambek
Azizul Ammar Didakwa Hina Watson Nyambek
SIBU – Bekas pengacara program tv didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membuat kenyataan menghina terhadap mendiang bapa kepada bekas pelari pecut negara.
Azizul Ammar didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, lapor The Star.
Selain Azizul, produser program Abdul Ghani Mohd Mokhtar turut didakwa atas pertuduhan yang sama.
Mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Azizul didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Mei lalu kira-kira jam 11.30 malam di Hotel Medan.
Dia didakwa menyebut nama ‘Nyambek’ iaitu nama mendiang bapa Watson dalam keadaan menghina pada program Sukan Tak Sentral yang disiarkan TV3.
Majistret Saiful Sayoti melepaskan kedua-dua tertuduh dengan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin.
Kedua-dua tertuduh turut diarahkan untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan semula kes pada 4 Julai depan. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNZkDw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Azizul Ammar Didakwa Hina Watson Nyambek
Anda sekarang membaca artikel Azizul Ammar Didakwa Hina Watson Nyambek dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/azizul-ammar-didakwa-hina-watson-nyambek.html
0 Response to "Azizul Ammar Didakwa Hina Watson Nyambek"
Catat Ulasan