Loading...

B20 jangan angkuh - Tengku Abdullah

Loading...
B20 jangan angkuh - Tengku Abdullah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul B20 jangan angkuh - Tengku Abdullah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : B20 jangan angkuh - Tengku Abdullah
link : B20 jangan angkuh - Tengku Abdullah

Baca juga


B20 jangan angkuh - Tengku Abdullah



ARKIB : 17/05/2006
Oleh: AIZAWATI AHMAD
PEKAN - Skuad bola sepak bawah 20 tahun kebangsaan diingatkan agar jangan mudah lupa diri dan bersikap angkuh selepas mencatat kemenangan dalam beberapa siri perlawanan persahabatan yang diadakan di luar negara, baru-baru ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan persembahan memberangsangkan yang dipamerkan oleh skuad remaja negara itu masih belum boleh dianggap sebagai cemerlang.

‘‘Jangan angkuh dan jangan riak pula dengan kejayaan ini kerana ia hanya perlawanan persahabatan. Bagi saya itu bukan prestasi yang sebenar kerana kita masih lagi di peringkat permulaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bersama Pemimpin Komuniti di sini, semalam.

Menurutnya, pendedahan skuad bawah 20 tahun dengan bermain di dalam pertandingan peringkat antarabangsa akan dapat membantu mengukuhkan kekuatan mental dan fizikal para pemain.

Jelas beliau, ia perlu ditanam dari sekarang jika mereka ingin mengorak langkah lebih jauh lagi.

‘‘Kalau kita kuat dan mantap maka kita boleh bermain dengan baik di peringkat antarabangsa, lagi banyak perlawanan antarabangsa lagi bagus,” ujarnya.

Tengku Abdullah berharap, pengalaman yang ditimba oleh skuad bawah 20 tahun itu akan dijadikan sebagai satu pengalaman berharga untuk mereka terus tampil mencipta kecemerlangan.

Sementara itu, mengulas mengenai kejayaan Pahang yang layak ke perlawanan akhir Piala FA, beliau memberitahu, ini merupakan peluang terbaik buat Tok Gajah untuk mencipta sejarah bagi menjuarai Piala FA buat kali pertama.

‘‘Saya ucap tahniah kepada para pemain, kita tak pernah menang Piala FA dan peluang ini mungkin boleh digunakan oleh para pemain untuk mencatat sejarah kerana saya yakin Pahang boleh mencapai kemenangan,” katanya.

Beliau yakin kedua-dua pasukan iaitu Pahang dan Perlis akan mempamerkan satu persaingan yang hebat pada perlawanan tersebut bagi merebut kejuaraan berkenaan.

Menurutnya lagi, Perlis merupakan sebuah pasukan yang kuat dan pastinya tidak akan memberi laluan yang mudah kepada Pahang.

Tengku Abdullah turut berharap, kejayaan melayakkan diri ke perlawanan akhir akan dapat mendorong para pemain untuk mengekalkan kecemerlangan di dalam Liga Super bagi mengelak daripada berada pada kedudukan tercorot.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2tcjvML
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel B20 jangan angkuh - Tengku Abdullah

Sekianlah artikel B20 jangan angkuh - Tengku Abdullah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel B20 jangan angkuh - Tengku Abdullah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/b20-jangan-angkuh-tengku-abdullah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "B20 jangan angkuh - Tengku Abdullah"

Catat Ulasan

Loading...