Loading...

B20 Malaysia terus gah

Loading...
B20 Malaysia terus gah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul B20 Malaysia terus gah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : B20 Malaysia terus gah
link : B20 Malaysia terus gah

Baca juga


B20 Malaysia terus gah



ARKIB : 18/05/2006

KUALA LUMPUR - Skuad Bawah 20 Tahun Malaysia bangkit untuk menemui sentuhan kemenangan dalam siri perlawanan bola sepak persahabatan di Slovakia dengan menewaskan Bawah 20 Tahun Spartak Trnava 5-2, kelmarin.

Anak didik K. Rajagopal yang kalah 2-4 kepada Zapado Slovensky Krag, Ahad lalu, juga tidak gentar dengan susuk fizikal Spartak Trnava yang lebih besar untuk mendahului 2-1 dalam babak pertama perlawanan di Stadium Vion, Zlate Moravce.

Mereka memperoleh dua gol dalam tempoh tiga minit menerusi Khyril Muhaymeen Zambri dan Farderin Kadir masing-masing pada minit ke-27 dan 29 sekalipun tersentak dengan gol pendahuluan lawan.

Pada babak kedua, skuad Bawah 20 Tahun Malaysia yang akan menghadapi Kejohanan Belia Asia di India, Oktober ini, membuat pertukaran dengan memasukkan Wan Aliff Jasmi untuk menggantikan Hardy Charles.

Membalas kepercayaan Rajagopal itu, Wan Aliff melengkapkan umpanan penyerang utama, Zaquan Adha Razak untuk merembat gol ketiga pada minit ke-53 sementara gerakan solo Farderin dengan tolakan mudah mengecewakan Spartak Trnava lagi, 10 minit kemudian.

Tuan rumah tiba-tiba beroleh gol kedua untuk merapatkan kedudukan 2-4 setelah pemain Malaysia, Nuraliff Zainal Abidin tertampan ke gol sendiri pada minit ke-72.

Mereka akan mengakhiri siri kunjungan ini dengan menentang Bawah 20 Tahun Slovakia, esok. Minggu lalu, mereka mencatat tiga kemenangan ketika mengunjungi England termasuk menewaskan Akademi Manchester United 4-1

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2sHGii4
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel B20 Malaysia terus gah

Sekianlah artikel B20 Malaysia terus gah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel B20 Malaysia terus gah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/b20-malaysia-terus-gah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "B20 Malaysia terus gah"

Catat Ulasan

Loading...