Loading...
Judul : Badan Ditembusi Batang Besi
link : Badan Ditembusi Batang Besi
Badan Ditembusi Batang Besi
LAIWU (CHINA): Seorang pemandu sangat bernasib baik kerana masih hidup walaupun badannya ditembusi batang besi dalam satu kemalangan di bandar ini baru-baru ini.
Satu rakaman video menunjukkan lelaki itu terlekat di tempat duduk keretanya selepas dadanya ditembusi batang besi sepanjang hampir dua meter.
Pemandu itu dilihat masih sedar dan bercakap dengan anggota bomba yang berusaha memotong batang besi berkenaan.
Media tempatan melaporkan, kejadian berlaku apabila kereta dipandu mangsa terbabas dan melanggar pagar besi.
Rempuhan kuat itu menyebabkan satu batang besi menembusi cermin hadapan kereta sebelum menusuk badan mangsa.
Anggota bomba terpaksa memotong batang besi berkenaan kerana bimbang mangsa mungkin mengalami kecederaan lebih parah sekiranya ia ditarik keluar.
Selepas batang besi itu dipotong, lelaki itu dipapah keluar dari kereta menuju ke sebuah ambulans untuk dibawa ke hospital.
Doktor memberitahu, batang besi itu berjaya dikeluarkan melalui pembedahan.
Katanya, lelaki itu terselamat kerana batang besi berkenaan tidak mengenai organ penting dalam badan mangsa.-Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rUGfAb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Badan Ditembusi Batang Besi
Sekianlah artikel Badan Ditembusi Batang Besi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Badan Ditembusi Batang Besi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/badan-ditembusi-batang-besi.html
0 Response to "Badan Ditembusi Batang Besi"
Catat Ulasan