Judul : Banjir: Pusat Pemindahan Banjir Di Jasin Tutup
link : Banjir: Pusat Pemindahan Banjir Di Jasin Tutup
Banjir: Pusat Pemindahan Banjir Di Jasin Tutup
MELAKA – Selepas lima hari menyambut Aidilfitri di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Tehel Jasin dekat sini ekoran banjir kilat, 20 mangsa daripada empat keluarga dibenarkan pulang pada 9 pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata pusat pemindahan banjir berkenaan ditutup berikutan keadaan cuaca semakin cerah dan air banjir telah surut.
“Kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang sejak pagi tadi apabila rumah mereka sudah tidak ditenggelami air dan ada penduduk yang telah mengambil peluang untuk membersihkan rumah masing-masing ekoran cuaca panas.
“Pusat pemindahan sementara juga telah ditutup secara rasminya pada 9 pagi ini,” katanya yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka kepada Bernama ketika dihubungi.
Bagaimanapun Effendy berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssJNWv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Banjir: Pusat Pemindahan Banjir Di Jasin Tutup
Anda sekarang membaca artikel Banjir: Pusat Pemindahan Banjir Di Jasin Tutup dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/banjir-pusat-pemindahan-banjir-di-jasin.html
0 Response to "Banjir: Pusat Pemindahan Banjir Di Jasin Tutup"
Catat Ulasan