Judul : Bekalan Petrol, Diesel Luar Bandar Mencukupi
link : Bekalan Petrol, Diesel Luar Bandar Mencukupi
Bekalan Petrol, Diesel Luar Bandar Mencukupi
KUANTAN – Smart Stream Resources Sdn Bhd (Smart Stream), syarikat pembekal minyak petrol dan diesel memberi jaminan bekalan bahan api di semua 64 stesen minyak itu di luar bandar termasuk di kawasan FELDA seluruh negara mencukupi sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini.
Pengarah Urusannya, Mohd Khairuddin Saimon, berkata semua stesen minyak yang menggunakan jenama Smart diminta beroperasi termasuk pada hari raya pertama.
Beliau berkata, pihaknya sudah memastikan bekalan bahan api itu dapat dihantar mengikut jadual ke setiap stesen termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengelak berlaku kekurangan berikutan permintaan tinggi.
Ia berikutan secara tradisi orang ramai pulang berhari raya di kampung termasuk di tanah rancangan FELDA dan FELCRA.
“Jika stesen minyak ditutup sekali pun, ia hanya membabitkan tempoh singkat ketika umat Islam menunaikan solat raya.
“Pemilik stesen wajib menampal notis memaklumkan penutupan itu untuk pengetahuan pengguna.
“Mereka yang berhasrat menutup stesen lebih dari waktu itu perlu memaklumkan kepada ibu pejabat, namun setakat ini kita tidak menerima permohonan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Khairuddin berkata, kajian pihaknya mendapati, waktu puncak orang ramai mula mengisi petrol atau diesel di stesen minyak Smart adalah pada malam sebelum raya dan juga selepas tengah hari satu Syawal.
Pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menaik taraf dan menjenama semula stesen minyak mini yang diusahakan koperasi.
“Kita memperkenalkan imej dan reka bentuk baharu yang lebih menarik, ceria, moden dan setanding syarikat minyak utama selepas hampir 10 tahun menggunakan imej lama.
“Ini bertujuan menarik perhatian pelanggan dan menyediakan perkhidmatan lebih baik,” katanya. – BH ONLINE
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLS6yg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Bekalan Petrol, Diesel Luar Bandar Mencukupi
Anda sekarang membaca artikel Bekalan Petrol, Diesel Luar Bandar Mencukupi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/bekalan-petrol-diesel-luar-bandar.html
0 Response to "Bekalan Petrol, Diesel Luar Bandar Mencukupi"
Catat Ulasan